“Indahnya Pemandangan..” Masjid Di Thailand Tempat Syamsul, Ira Nikah Jadi Tumpuan

Trend bernikah di Thailand semakin menjadi-jadi. Kesukaran untuk berkahwin lagi (di Malaysia), membuatkan mereka mencari penyelesaian mendaftarkan perkahwinan di sini. Di sini lebih mudah dan ia adalah sah.

Kebanyakan lelaki yang melangsungkan pernikahan di sini adalah untuk berpoligami atau mengahwini janda.
 
Terkini, viral tentang Masjid Besar Wilayah Songkhla Thailand kian menjadi tumpuan selepas peristiwa perkahwinan pengarah Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar yang bernikah di sana selain rekaan dan landsakap masjid seperti Taj Mahal.
 
Seorang pemandu pelancong dari syarikat Ummu Travel yang ingin dikenali sebagai Saiful, 40, berkata fakta itu turut dikongsikan kebanyakan pemandu pelancong lain terutama kepada pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana.”Masjid itu memang sudah terkenal dalam kalangan orang kita untuk bernikah. 
 
Apatah lagi di tingkat dua terletaknya pejabat agama mereka.Kiranya, kalau nikah di situ memang diiktiraf pun dan selepas itu mereka perlu serahkan borang di Kedutaan Malaysia. Memang mudah saja urusannya. Namun, ia bertambah popular selepas tersebarnya berita perkahwinan Syamsul.

Selain menjadi pemandu pelancong, Saiful juga sering menjadi rujukan warga tempatan terutama mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di wilayah itu.”Kita tak ada pakej ini, tapi macam saya secara peribadi ada saja yang bertanya macam mana kalau nak pergi kahwin di sana. Saya okay saja untuk kongsikan caranya. Selebihnya mereka kena buat sendiri. Sebab tak susah pun,” katanya.

 
 
Sumber: harian metro
 

Be the first to comment on "“Indahnya Pemandangan..” Masjid Di Thailand Tempat Syamsul, Ira Nikah Jadi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*