“Saya sedia dipecat, tak akan bersama PH” – Anak Ismail Sabri kongsi screenshot perbualan bapa dalam grup WhatsApp Umno

 

KHABAR angin bertiup kencang mengatakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Malah, Ahli Parlimen Bera itu didakwa lebih rela dipecat daripada bergabung dengan pakatan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sedia dipecat… tetap tidak akan bersama PH,” demikian tangkap layar hantaran mesej dipercayai dihantar oleh Ismail Sabri di dalam grup WhatsApp pemimpin Umno.

nina ismail sabri

Hantaran yang dimuat naik oleh Nina Sabrina di laman Instagram miliknya.

Hantaran tangkap layar itu dimuat naik oleh anak perempuan beliau, Datin Nina Sabrina menerusi story di laman Instagram miliknya, petang Isnin.

“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” menurut Nina dalam hantaran tersebut.

Menerusi hantaran itu juga dilihat bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri.

Bagaimanapun, setakat ini Ismail Sabri belum membuat sebarang kenyataan berhubung pendiriannya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil sebagai ahli Parlimen BN pertama yang bertegas untuk menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP,” kata Hishammuddin.

Pada Isnin, Anwar mengesahkan mengadakan rundingan dengan beberapa wakil pemimpin BN dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan yang stabil.

Anwar berkata, pihaknya berpuas hati dalam rundingan itu yang membincangkan keperluan mewujudkan kerajaan perpaduan yang bersifat inklusif, selain dalam soal ekonomi.

“Perbincangan lebih kepada isu dasar dan keperluan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan inklusif,” katanya kepada pemberita.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : https://www.mstar.com.my/

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya sedia dipecat, tak akan bersama PH” – Anak Ismail Sabri kongsi screenshot perbualan bapa dalam grup WhatsApp Umno"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*