“Benda Sensitif Jangan Buat Gurau” – Netizen Kaitkan ‘Posting’ Ryzal Bila Melihat Maryam Jatuh

 

Sebelum ini satu gambar yang dimuatnaik oleh Ryzal mendapat kecaman dan perhatian daripada netizen dan ada video terbarunya turut mengigatkan netizen mengenai postingnya tersebut.

Memuat Naik Gambar Hitam Putih

via Instagram Ryzal Ibrahim

Awal sebelum mengundi, Ryzal ada memuatnaik satu gambar hitam putih dengan ucapan selamat mengundi kepada rakyat Malaysia.

Gambar tersebut mendapat perhatian daripada netizen, ramai yang terkejut dan menyatakan bahawa gambar tersebut seolah-olah tidak menjaga sensitiviti kerana ada sesetengah netizen yang berpendapat gambar hitam putih tersebut lebih sinonim dengan kematian.

Turut Turun Mengundi

Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, instafamous Ryzal Ibrahim sempat meluahkan rasa bangganya selepas menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menerusi perkongsian video di Instagram.

Pada video tersebut dia sempat menjelaskan kepada isterinya, Maryam You Narae tentang maksud di sebalik calitan dakwat kekal di jari kirinya.

Maryam Tergelincir

via Instagram Ryzal Ibrahim

Namun ketika pasangan ‘Duriankimchi’ itu sedang menuruni tangga sambil bercakap menerusi kamera, Maryam secara tiba-tiba tergelincir.

Berkongsi tentang situasi cemas yang berlaku, Ryzal berkata dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Mendapat Teguran Netizen

Dalam pada itu rata-rata netizen mendoakan agar Maryam berada dalam keadaan baik selepas insiden berkenaan.

Namun dalam masa sama ada juga dalam kalangan warganet menegur tindakan pasangan itu kerana mengabaikan keselamatan sendiri demi content. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mula mengaitkan kejadian tersebut dengan ‘postingnya’ sebelum itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit :  https://murai.my/

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Benda Sensitif Jangan Buat Gurau” – Netizen Kaitkan ‘Posting’ Ryzal Bila Melihat Maryam Jatuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*