[VIDEO] “Silakan Sayang” – Penyampai Berita Tersasul Depan TV, Status Hubungan Mereka Akhirnya Didedahkan

 

Apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, dah jadi satu kelebihan apabila kita dapat bekerja di satu tempat yang sama bersama pasangan kita.

Bukan sahaja boleh berjumpa setiap masa, bahkan banyak perkara boleh kita jimatkan tau seperti pergi dan balik ke pejabat bersama-sama, makan bersama-sama dan macam-macam lagi.

Penyampai berita sampai tersasul sebut sayang?

Tular di Tiktok, satu video memaparkan keadaan pembaca berita yang merupakan pasangan suami isteri, Nazrie Fahmie dan Samsia Samsi yang berpeluang bertugas bersama-sama secara langsung.

Nazrie yang merupakan penyampai berita utama pada sesi tersebut perlu menyerahkan tugas kepada isterinya, Samsia untuk menerangkan satu laporan dengan lebih terperinci.

VIDEO :

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah Nazrie seakan-akan tersasul menyebut ‘silakan sayang’ ketika menyerahkan tugas tersebut kepada isterinya.

Cuma tersasul nama sahaja

Akan tetapi, Samsia menjelaskan bahawa Nazrie tidaklah menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang disangka warganet.

Difahamkan, suaminya itu tersilap menyebut namanya sahaja kerana terlalu gementar selapas diusik rakan-rakan lain kerana bertugas bersamanya.

Video cuit hati netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut disamping ada juga yang mengatakan bahawa pasangan penyampai berita ini begitu serasi bekerja bersama.

Sumber/ Kredit : TikTok samsiasamsi, omm

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://viral25news.com/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Silakan Sayang” – Penyampai Berita Tersasul Depan TV, Status Hubungan Mereka Akhirnya Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*