Peserta GV Solat Jemaah Dan Berzikir Sebelum Bersiaran Langsung, Ramai Puji

 

Sebuah rancangan realiti TV berjudul Gegar Vaganza ini sentiasa dinanti-nantikan peminat hiburan tanah air. Tahun ini menyaksikan barisan peserta yang rata-ratanya cukup padu dengan vokal dan pengalaman mereka tersendiri.

Apatah lagi dengan hiburan setiap minggu dengan adanya pasangan pengacara seperti Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, riuh setiap malam Ahad dengan suara usikan dan buat hal dua selebriti ini.

Biarpun begitu, dalam kita berseronok sudah tentunya suruhanNya tidak dilupakan. Baru-baru ini rakaman dengan paparan yang memaparkan para peserta GV solat jemaah sebelum bermulanya acara siaran langsung telah mencuri perhatian ramai.

Dalam rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun itsnotzai86 itu dipaparkan beberapa peserta lelaki Gegar Vaganza baru selesai solat berjemaah. Kedengaran mereka berselawat bersama-sama membuatkan warganet memuji.

@itsnotzai86 #gegarvaganza9 #fuadrahman #tomok #bobyusof #gv ♬ original sound – Zai

Hampir memasuki minggu separuh akhir, kini hanya tinggal 6 peserta lelaki dan 3 peserta wanita. Peserta lelaki yang tinggal adalah kumpulan VE, Tomok, Bob, Hazrul Nizam, Fuad Rahman dan Asheed Def Gab C.

Apa-apa pun perkongsian rakaman peserta GV solat jemaah sebelum memulakan ‘gelanggang’ berentap gelaran juara ini telah membuatkan ramai memuji mereka.

Di ruangan komen ramai yang meluahkan suka menyaksikan video seperti ini kerana jarang dikongsikan. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

“Culture ini yang perlu diterapkan, berpesan2 dengan kawan2 sebab setiap dari kita akan ditanya nanti di sana”

Screenshot at Nov 07 20-30-22

“Masya Allah sebelum bertanding solat la mohon padanya agar dipermudahkan segalanya”

Screenshot at Nov 07 20-30-04

“Sejuk tengok pemandangan macam ni”

Screenshot at Nov 07 20-29-33

“Dari awal GV dah macam cuma tahun lepas dengan tahun ni je orang rekod post kat sosial media”

Screenshot at Nov 07 20-29-07

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit :  https://himpunanceritalawak.com/

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Peserta GV Solat Jemaah Dan Berzikir Sebelum Bersiaran Langsung, Ramai Puji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*