Kekayaan Did4kwa Bernilai USD50Juta (RM222Juta)? Sekali Ini K0men Shila Amzah

Pernah mencipta kemasyhuran sebagai penghibur di negara Tembok Besar China, terutama ketika era pra-p4ndemik c0vld-19, penyanyi Shila Amzah menafikan nilai kekayaannya mencecah AS$50 juta (RM222 juta).

Menerusi satu sesi soal jawab Instastory, pemilik nama lengkap, Nur Shahila Amir Amzah ditanya seorang peminat soalan rawak berbunyi: “Betul ke Sha, anda punya net worth (nilai kekayaan) berjumlah AS$50 juta?”

IG Shila

Jawab pelantun lagu Patah Seribu itu: “Ish, mustahillah (tertawa sambil menyertakan emoji muka dengan air mata kegembiraan).”

Untuk rekod, pada 2012, Shila pernah pernah memenangi tempat pertama pertandingan nyanyian, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China dengan hadiah kemenangan berjumlah RM2.5juta.

Sejak itu, namanya sebagai seorang penyanyi terus mengharum bukan sahaja di China bahkan di negara-negara seperti Hong Kong, Indonesia, Australia dan Taiwan.

Pernah juga timbul laporan media mengatakan, kekayaannya bernilai lebih AS$50 juta pada 2016.

Pada waktu kemuncak kariernya sebagai penyanyi, dikatakan Shila dibayar RM25,000 untuk 30 minit persembahan pada tahun 2012.

Sementara itu, menjawab pertanyaan sama ada pernah terlintas dalam fikirannya untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya tidak perlu terlalu bekerja keras, Shila mempunyai pandangan tersendiri.

Katanya, kerja keras perlu lahir daripada diri sendiri untuk mencapai apa jua kejayaan dalam kehidupan.

Sewaktu zaman popularitinya, Shila Amzah dikatakan pernah dibayar sebanyak RM25,000 untuk 30 minit persembahan.

“Kalau boleh, saya tak nak fikir sangat apa yang lelaki itu ada. Saya kena kaya sendiri. Apa-apa pun, yang paling penting memang saya suka kerja keras untuk diri sendiri dan keluarga.

“Siapa pun bakal (suami) selepas ini, saya tak pernah letak syarat yang dia harus kaya, harus rajin,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Sumber/ Kredit : CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kekayaan Did4kwa Bernilai USD50Juta (RM222Juta)? Sekali Ini K0men Shila Amzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*