[VIDEO] Shiera terus call adiknya, Sekali ini jawapan Sharifah Sakinah buat kakak tak boleh nak campur isu ini lagi

 

PELAKON Sharifah Sakinah meminta ahli keluarga tidak mencampuri urusan rumah tangganya selepas memberi bayangan perkahwinan dengan jejaka berasal dari Sweden iaitu Miachael Hensen sedang dilanda masalah.

Jawapan itu diberikan kepada kakaknya, Sharifah Shahirah ketika penyampai radio Suria FM itu menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian berhubung kenyataan dibuat aktres itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Shahirah atau Shiera berkata, dia sendiri tidak mengetahui tentang situasi sebenar rumah tangga Sakinah dan hanya mengetahui tentang status dibuat adiknya itu selepas dimaklumkan oleh salah seorang anaknya.

“Saya memang tak tengok posting dia di Instagram, saya dapat tahu pun apabila anak tunjuk pada saya dan terfikir onar apa pula yang dibuatnya kali ini.

553

Sakinah mencetuskan tanda tanya tentang hubungannya dengan suami, Michael Hensen.

“Saya ada menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian tapi dia minta keluarga jangan masuk campur.

“Sakinah cuma cakap, what happened in the net stay in the internet… saya pun tak tahu apa gimik dia kali ini,” katanya kepada mStar.

Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, mencetuskan tanda tanya memberitahu dia dan Michael mempunyai banyak perbezaan sehingga membuatkan mereka tidak lagi sesuai menjadi pasangan.

“Kami berbeza pendapat, kepercayaan, prespektif dan ideologi, disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” katanya.

Dalam pada itu, Shiera berkata, dia bukan individu sesuai untuk memberi sebarang pengesahan berhubung isu rumah tangga adiknya itu sebaliknya meminta Sakinah sendiri meletakkan noktah tentang perkara yang dia mulakan.

Biarlah dia sendiri yang mengesahkan tentang perkara itu dan ia bukan kerja saya.SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Kata Shiera, pihak keluarga juga berada dalam keadaan tenang apabila mendapat perkhabaran tersebut dan membiarkan Sakinah menyelesaikan sendiri semua masalahnya.

“Keluarga semua pun tenang sahaja dengar spekulasi terbaharu ini, biarlah orang nak buat spekulasi apa pun. Ada orang ambil peduli ke?

“Biarlah dia sendiri yang mengesahkan tentang perkara itu dan ia bukan kerja saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shiera mengesahkan Sakinah berada di Malaysia dan akan bertemu dengan adiknya itu pada Ahad ini.

978457

Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar Februari lalu.

Untuk rekod, Sakinah dan Michael, 42, mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga sekitar Februari lalu.

Sakinah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercer4i pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Manakala Michael juga mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

VIDEO :

 

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/Kredit : mStar

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Shiera terus call adiknya, Sekali ini jawapan Sharifah Sakinah buat kakak tak boleh nak campur isu ini lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*