“Dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah” –Tersentuh hati baca perkongsian Oktovia Manrose

 

PELAKON Oktovia Manrose berkata penghijrahannya menjadi seorang muslimah yang lebih baik adalah atas berkat doa bapanya yang juga merupakan penyanyi dangdut terkenal, Iwan.

Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 31, berkata bapa menjadi antara asbab dirinya menerima hidayah dan seterusnya istiqamah dalam berbuat kebaikan.

“Berkat doa dan istiqamah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa.

“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang Allah beri sekarang,” tulisnya di Instagram.

Oktovia meminta peminat mendoakannya agar terus istiqamah.

Dalam pada itu, pelakon ini memberitahu nikmat cinta kepada Allah SWT kini semakin kuat dirasai dan dia mula memahami tujuan hidup.

Katanya, dunia adalah ujian untuk kita mengumpul saham di akhirat dan pastinya rugi jika mensia-siakan diri dengan melakukan kemungkaran.

Sempat menghadiri majlis ilmu anjuran pendakwah Asma’ Harun.

Malah dia percaya Allah akan menerima setiap doa umat yang benar-benar ikhlas melakukan kebaikan.

“Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dahsyat. Dunia ini bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian.

“Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda Allah. Bukan sahaja daripada banyaknya ibadah, tapi dari istiqamah dalam melakukan kewajipan kepadaNya.

“Semoga saya, ahli keluarga, sahabat-sahabat yang dikasihi istiqamah dan mendapat pengakhiran khusnul khatimah,” ujarnya.

Sebelum ini, Oktovia meluahkan rasa teruja dan bersyukur kerana berkesempatan menghadiri majlis ilmu anjuran pendakwah terkenal Asma’ Harun.

Dia turut meminta peminat mendoakan dirinya sentiasa kekal istiqamah dalam menuju ke arah kebaikan.

Oktovia sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang.

Akui wanita berusia 31 tahun itu lagi, sebelum ini dia pernah bertanya kepada diri sendiri apakah sempat berubah dan menerima pengampunan daripada Maha Pencipta.

Namun berkat kesungguhan dan keikhlasan hatin mencari reda ALLAH, satu persatu perubahan yang lebih baik berlaku kepada dirinya.

“Sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dan percaya bahawa Dia akan terima setiap doa umat-Nya yang benar-benar ikhlas. Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda ALLAH.

“Bukan saja daripada banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi daripada istiqamah dalam melakukan kewajipan pada ALLAH SWT. Alhamdulillah ALLAH dengan sifat Ar- Rahman Ar- Rahim dan Al- ghofur, bagi peluang.

”Satu persatu perubahan dalam diri. Masya-ALLAH saya bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai ayahanda Iwan Syahman,” katanya.

KREDIT: MSTAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://limauasamboi.pw/

 

Be the first to comment on "“Dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah” –Tersentuh hati baca perkongsian Oktovia Manrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*