Terasa Dengan ‘Tweet’ Mydin, Netizen Pelik Caprice Gesa Permohonan Maaf Atau Mahu Saman

 

Sejak kebelakangan ini, nama Caprice sering kali menjadi bualan di media sosial terutamanya apabila dia lantang mengulas mengenai isu semasa yang berlaku. Namun ada juga yang meluahkan rasa kurang senang apabila Caprice dilihat sering ‘menempel’ pada isu-isu hangat yang berlaku sehinggakan ada yang muak melihatnya.

Dalam kesibukannya mengulas mengenai isu kes amang seksual yang melibatkan seorang pendakwah baru-baru ini, Caprice telah memuat naik satu Instagram Story di mana dia menggesa satu permohonan maaf dari sebuah jenama terkenal.

Semuanya gara-gara satu hantaran yang dimuat naik oleh Mydin di akaun Twitter milik jenama itu. Menerusi hantaran tersebut, Mydin telah membuat satu promosi tentang polisi pemulangan barang selama 24 jam yang boleh dilakukan di pasar raya itu.

mydin

tweet

Namun Caprice menganggap hantaran yang dimuat naik itu adalah satu sindiran untuknya dan dia meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku. Malah menurutnya, ini telah menjejaskan imejnya dan merupakan satu bentuk penghinaan kepada para kliennya.

“Tak sangka brand yang dikenali sanggup sindir…”

caprice

twitter

Susulan itu, Caprice menggesa Mydin untuk memberikan satu permohonan maaf dalam masa 24 jam atau dia akan mengambil tindakan undang-undang iaitu saman sebanyak RM30 juta. Meninjau di media sosial, kebanyakan netizen turut sama memberikan pelbagai reaksi melihat isu yang timbul di antara Caprice dan Mydin ini.

Malah kebanyakan netizen turut meluahkan rasa pelik apabila Caprice memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jenama itu. Rata-rata netizen menganggap hantaran yang dimuat naik itu tidak mempunyai kena mengena dengan penyanyi rap itu dan dia tidak perlu berkecil hati mengenainya.

Buat masa ini, tiada sebarang respon yang diberikan oleh pihak Mydin berhubung kejadian tersebut. Dalam masa yang sama, Caprice telah menutup ruangan komen di perkongsian mengenai isu ini sebaik sahaja ianya dimuat naik di Instagram miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Terasa Dengan ‘Tweet’ Mydin, Netizen Pelik Caprice Gesa Permohonan Maaf Atau Mahu Saman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*