“Dangdut Paling Sopan”- Netizen Puji Penampilan Shila Amzah Di Gegar Vaganza 9

 

Masih terbayang-bayang lagu dangdut popular era 90an ‘Secangkir Madu Merah’ yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 semalam.

Akui Gementar Bawa Lagu Dangdut

Menjengah ke media sosial Shila, penyanyi berbakat besar ini mengakui dia berasa gementar membawa lagu dangdut tersebut semalam menerusi perkongsiannya terkininya di Instagram.

Menurut Shila lagi, dia bukan sahaja gementar perlu membawa lagu tersebut malah perlu menari dan memikirkan fesyen yang bersesuaian untuk dipakai semasa persembahannya.

“Alhamdulillah untuk semalam. Seram eh kena nyanyi dangdut, gementar gila sepanjang minggu. Dengan nak kena menari, dengan nak kena fikir baju kalis kecaman. Saya suka baju ni @ashraffzainal sangat-sangat!” Tulis Shila

via Instagram Shila Amzah

Netizen Puji Penampilan Shila

Nampaknya busana yang digayakan Shila semasa persembahan malam semalam mendapat reaksi dan respon positif warganet. Murai MY menjengah ke ruangan komen muatnaik selebriti ini, dan mendapati rata-rata ramai yang memuji pemilihan fesyen Shila.

“Bagus sangat baju ni. Menari pun sopan dan cantik.”

“Bijak pilihan baju macam ni sebenarnya.”

“Bagus pilihan busana.” Komen warganet

via Instagram Shila Amzah

“Baju sopan je. Cantik.”

“Baju tu bergaya dan sesuai dengan Shila. Persembahan anda memukau. Dangdut moden versi anda memang terbaik Shila!”

“Dangdut paling sopan!” Komen mereka

via Instagram Shila Amzah

“Penyanyi dangdut paling sopan abad ni tau.”

“Memang kalis kecaman kak! Sopan”

“Pakaian muslimah. Tutup aib ketika berdangdut.” Komen mereka lagi

via Instagram Shila Amzah

Sekadar info, Shila Amzah membawa lagu dangdut popular bertajuk ‘Secangkir Madu Merah’ dan berjaya menduduki tangga pertama bagi minggu ketiga semalam. Manakala pada minggu depan pula, Shila akan menyanyikan salah satu lagu popular Rossa yang bertajuk ‘Pudar’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "“Dangdut Paling Sopan”- Netizen Puji Penampilan Shila Amzah Di Gegar Vaganza 9"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*