Terlalu ‘Try Hard’ Tiru Gaya Lee Minho, Penampilan Hael Husaini Disindir Netizen

 

Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Hael Husaini dilihat menghadiri acara fesyen Milan Fashion Week 2022 di Itali. Acara fesyen itu juga turut dihadiri beberapa selebriti terkenal tanah air dan juga selebriti antarabangsa yang dijemput meraikan acara terbesar dalam industri fesyen ini.

Namun penampilan Hael yang kini dilihat semakin berbeza daripada penampilannya dahulu telah menjadi bualan ramai di media sosial. Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram penyanyi itu, ada yang mendakwa dia terlalu mencuba untuk meniru penampilan pelakon terkenal Korea iaitu Lee Minho.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter itu, individu tersebut berkongsikan gambar Hael dan menuduh penyanyi itu yang dilihat seolah-olah cuba meniru gaya Lee Minho. Perkongsiannya itu turut menerima perhatian netizen yang turut bersetuju dengan pendapatnya itu.

twitter

Malah di ruangan komen juga, kebanyakan netizen menegur penampilan Hael yang dilihat berubah dengan begitu drastik sekali berbanding dahulu. Sebelum ini juga, penyanyi itu pernah dituduh melakukan pembedahan plastik pada wajahnya namun dakwaan itu ditepis oleh Hael yang menafikan tuduhan itu.

Menurut penyanyi itu, penampilannya mula berubah selepas dia mencukur jambang pada mukanya membuatkan dia kelihatan lebih muda dari sebelum ini. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terpanggil menegur penampilan penyanyi ini yang dikatakan cuba meniru pelakon dari Korea Selatan itu.

“Dia nak jadi korean so bad…”

hael

“Dah elok-elok macho terus jadi macam jantan tak siap.”

penampilan hael

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Terlalu ‘Try Hard’ Tiru Gaya Lee Minho, Penampilan Hael Husaini Disindir Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*