Tυlar Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni..” – Siti Nurhaliza

 

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih banyak ilmu yang perlu dipelajari susulan sebuah video alunan selawat bersama Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah tular di media sosial baru-baru ini.

Video tersebut yang dimuat naik di akaun Instagram Farhatul berjaya meraih perhatian ramai yang kagum melihat kedua-dua individu hebat itu.

Menyedari namanya menjadi perbualan, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu tampil memberi respons terhadap video tular tersebut.

“Banyak lagi kena belajar ni,” katanya di Instagram Story miliknya berdasarkan sebuah berita di portal hiburan mengenai video itu.

Menjengah ke ruangan komen video selawat itu, Siti sempat memuji kelunakan suara Farhatul.

“Subhanallah.. sedapnya alunan ustazah,” katanya.

Terdapat juga antara golongan selebriti yang turut terpegun mendengar kemerduan mereka berdua seperti Lisa Surihani, Daiyan Trisha, dan Fakhrul Unic.

Sumber: xtra, YOUTUBE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://viral25news.com/

 

Be the first to comment on "Tυlar Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni..” – Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*