Sampai ada yang kata dirinya pembawa perkara buruk, Ini respon padu Baby Shima buat semua terkejut

 

Siapa aja tak kenal dengan penyanyi penuh kontroversi ini. Penyanyi, Baby Shima tampil membalas komen warganet yang menganggapnya “koyak” kerana telah memadam komen warganet berkenaan. Menerusi hantaran di Instagram, Baby Shima turut memuatnaik tangkap layar DM (Direct Message) warganet yang menyifatkan penyanyi sensasi itu pembawa bala. “Babi Shima kenapa delete komen, koyak ke. Kau wanita pembawa bala. Aku yakin tempat kau neraka buat selama-lamanya sia*.”-DM warganet di Instagram

Baby Shima Balas Komen

Rupanya Baby Shima tidak berdiam diri, Baby Shima kemudian tampil bersuara dengan menyatakan bahawa ruangan komen di media sosialnya tidak memerlukan komen-komen negatif seperti warganet tersebut. “Kita delete komen awak bukan apa, sebab ruangan komen kita tak perlukan awak.”-Balas Baby Shima

“Tiada Seorang Pun Yang Boleh Tentukan Dirinya..”

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata warganet tampil memberikan komen, malah ada yang berpendapat tiada manusia yang boleh menentukan orang lain akan masuk syurga atau neraka kecuali dengan keredhaan Allah. “Ya Allah yakin betul dia ahli syurga.” “Tiada seorang pun yang boleh tentukan dirinya masuk syurga kecuali dengan keredhaan Allah sahaja. Dan kasih sayang Nya.” “Apa boleh buat terdesak nak masuk syurga. Yang dapat syurga dunia. Kelakar lah ko mat minum banyak sangat.” Kata warganet lagi “Adoi kalau tak suka jangan komen. Tak baik kutuk-kutuk orang.” Murai MY sebelum ini pernah melaporkan mengenai Baby Shima  yang seolah-olah ‘menyindir’ para ahli agama yang tidak melakukan sebarang bantahan terhadap konsert di Kelantan. Sumber, murai

 

Teruk Kena Kritik Dengan Warganet, Akhirnya Baby Shima Tampil Buat Pengakuan Ni Tentang Penampilan Dia Dalam Video Klip Aliff Syukri. Baby Shima mendakwa hanya mengikut kehendak pengarah video muzik single Baby Sayang yang menyaksikan dirinya bekerjasama dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman seperti yang hangat diperkatakan, beberapa hari lalu. ‘Teaser’ video muzik yang dikongsi Aliff di Instagram (IG) antara lain memaparkan aksi Baby Shima bergelek yang dianggap keterlaluan dan mencolok mata, hingga menjadi topik hangat warganet. Baby Shima atau nama sebenar, Nur Ashima Ramli, 30, menjelaskan, sebagai penyanyi profesional, dia perlu mengikut arahan pengarah. “Saya bukan ‘daring’. Apa yang saya gayakan dalam video muzik itu adalah mengikut kehendak ‘wardrobe’ (bahagian penataan gaya) dan kehendak pengarah.

Baby Shima mempertahankan dirinya hanya mengikut arahan pengarah dalam menghasilkan video muzik single Baby Sayang. “Rasanya tidak ada beza video muzik ini dengan yang pernah saya hasilkan. Saya tetap Baby Shima yang sama dan tiada apa-apa pun yang berubah,” katanya kepada BH Online. Baby Shima berkata, apa yang dilakukan bukanlah kerana ingin relevan dalam industri hiburan, sebaliknya, dia hanya mahu berkarya. “Jika karya itu menjadikan saya kekal relevan, maka, itu adalah bonus buat saya. “Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitik beratkan lagu yang mahu dinyanyikan.

“Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan penyanyi dangdut,” katanya. Ditanya apakah dia tidak memikirkan perasaan keluarga dengan kontroversi dicetuskan, Shima menjelaskan, mereka faham kerjaya sebagai selebriti. “Keluarga tahu saya bekerja dalam dunia hiburan. Mereka tiada kena mengena dengan kritikan yang diterima. “Dalam hal ini, saya tidak peduli dengan kritikan warganet. Saya tidak boleh kawal kata-kata warganet. “Mereka yang dakwa saya beraksi tak senonoh dan sebagainya, mungkin disebabkan mereka yang banyak menonton dan berimaginasi yang bukan-bukan,” katanya. Sumber, BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://erakini.bbn.my/

 

Be the first to comment on "Sampai ada yang kata dirinya pembawa perkara buruk, Ini respon padu Baby Shima buat semua terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*