Isteri DDNK Jumpa Caprice Luah & Minta Nasihat, “Diorang Cakap I Perampas”

 

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial dengan perkahwinan Pakar Saham, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) dengan isteri baharunya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie. Pakar Saham yang cukup terkenal dengan slogan ‘tak handsome tak pe janji kaya’ ini selamat bersanding bersama isterinya dengan kehadiran ramai selebriti popular tanah air.

Apa yang membuatkan majlis tersebut bertambah tular apabila bekas isteri DDNK menitipkan pesanan untuknya. Selain itu juga serba sedikit kisah rumahtangga lalu yang didedahkan oleh bekas isterinya telah menjadi bualan hangat warganet.

DDNK sanding

Terbaharu satu video DDNK dan isteri bertemu Caprice pula menjadi perhatian ramai. Caprice yang cukup popular dengan ‘ulasan’ dalam pelbagai isu semasa turut terlihat bersama isterinya dalam video berkenaan.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun Fara Hana:

@farahana2506 apa benda ni siakkkk #ddnk #DDNK #takcantiktakpajanjimanja #takhensemtakpajanjikaya #ddnkk😎🤙🏻 ♬ original sound – Fara Hana

Dalam rakaman ini dilihat isteri DDNK mengamuk dengan membaling bantal ke lantai sambil meluahkan perasaannya. Kedengaran Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie berkata, “U tau tak Caprice diorang cakap I perampas!”.

“I tak boleh terima ni semua. Kenapa nak persoalkan itu semua. Itu jodohkan? So macam mana I nak tolak dah jodoh,” Tambah pengantin baru ini lagi.

Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat video tersebut adalah lakonan dan sebagai salah satu teknik marketing semata-mata.

“Cerita lawak apa ni…Adoila tak leh tengok reaksi 3 orang depan tu. Mengalahkan hadap kes yang terpaling berat”

Screenshot at Sep 15 07-28-45

“Terserlah kemanjaan dia, walau marah nampak kelakar”

Screenshot at Sep 15 07-28-15

“Hahaha tak aman, padahal baru kawin”

Screenshot at Sep 15 07-27-51

“Laki dia sendiri yang cakap dia manja kan alololo. Tapi ekspresi wajah laki dia tu adui, ntah la. Kalah drama TV TikTok ni macam2 ade”

Isteri DDNK 2

“Alang2 dah viral marketing started la..Bukan tak tahu puak ni”

Isteri DDNK 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Home 1

 

Be the first to comment on "Isteri DDNK Jumpa Caprice Luah & Minta Nasihat, “Diorang Cakap I Perampas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*