[VIDEO]“Thank You Sayang Bersama-Sama…”- Photoshoot Pre-Wedding, Ramai Puji Mas Idayu & Bakal Suami Sweet!

Bakal mendirikan rumah tangga seminggu sahaja lagi, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 50, dilihat merakamkan sesi bergambar untuk foto ‘pre-wedding’ bersama bakal suaminya Sufian Che Isa.

Penampilan Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mommy dilihat sangat cantik bak puteri apabila mengenakan gaun putih kembang dan labuh.

Mommy berkongsi potongan video yang diambil ketika sesi penggambaran itu ke akaun Instagram (IG) miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Dalam sesi penggambaran yang diadakan di sebuah resort terkenal di Sepang, semalam Mommy dilihat mesra bersama Sufian, 51, yang merupakan Penerbit Eksekutif sebuah televisyen.

Mommy sempat mengucapkan terima kasih kepada penajanya dan terutama pada bakal suaminya yang sentiasa menemaninya.

“For my future husband, terima kasih sayang bersama sama mommy di pre wedding kita ini….I love you so so much. Jumpa 16 September nanti,” ucapnya.

Selain itu menerusi tinjuan Gempak ke ruangan komen di kemas kini tersebut, rata-rata memuji kecantikannya serta menyifatkan mereka sebagai pasangan yang romantis dan bahagia.

“Sweetnyaaaaa romantiknyaaa mommy dan daddy ni. Bersemut dah screen handphone saya,” puji salah seorang pengikutnya

“Tahniah mummy… nampak mummy happy…syukur Alhamdulillah,” ucap salah seorang netizen.

Terdahulu pasangan ini melangsungkan pertunangan serta mengadakan majlis bersiram.

Mereka bakal melangsungkan pernikahan pada 16 September ini. Majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini bakal diadakan di Magica Victory Quill City Mall dengan dihadiri hampir 300 orang tetamu.

Difahamkan, majlis bersejarah mereka mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Kelakar la Mas Idayu, dia simbah diri sendiri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

sumber:  https://gempak.com/

Be the first to comment on "[VIDEO]“Thank You Sayang Bersama-Sama…”- Photoshoot Pre-Wedding, Ramai Puji Mas Idayu & Bakal Suami Sweet!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*