“Kazar bukan tak dijemput, tapi…” – Datuk Yusof Haslam

 

KUALA LUMPUR: Ketiadaan pelakon, Kazar Saisi pada malam gala filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions Sdn Bhd di sini, malam tadi, menimbulkan persoalan.

Apatah lagi ketika ini, isu anaknya dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa mengg4nggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof, masih hangat diperkatakan.

Penerbit filem Abang Long Fadil 3, Datuk Yusof Haslam, 68, berkata, pihaknya bersama rakan kerjasama untuk filem itu, Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon terbabit.

“Saya cakap saya profesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. Astro ada buat jemputan, begitu juga Skop Productions.

Kazar menjelaskan dia tidak hadir pada malam gala Abang Long Fadil 3 agar media dapat memberi tumpuan kepada tayangan perdana filem berkenaan. Foto Ihsan Harian Metro

“Kita tidak pernah kata kita takkan jemput, saya takkan cakap macam itu,” katanya kepada Harian Metro.

Yusof yang ditemui selepas tayangan filem Abang Long Fadil 3 berkata, apa yang berlaku adalah membabitkan hal peribadi.

“Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya, itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi,” katanya.

Sementara itu, Kazar, 63, atau nama sebenar, Kazaruddin Saisi berkata, filem itu lebih penting daripada dirinya.

“Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu, Kazar berkata, dia dijemput Astro Shaw.

Sumber/ Kredit : – Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bartasangbad.site/

 

Be the first to comment on "“Kazar bukan tak dijemput, tapi…” – Datuk Yusof Haslam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*