[VIDEO] Nama Dipetik Dalam Live Neelofa, Sekali Ini Komen Padu Fazura ‘Diana apa ke nama tu?

 

Fazura mengambil pendekatan untuk tidak mengulas susulan namanya terkait dengan isu ‘komen Diana’ yang timbul ketika sesi siaran langsung TikTok oleh Neelofa, baru-baru ini.

Fazura berkata, dia tidak perlu untuk menjawab soalan mengenai isu itu kerana ia tiada kena mengena dengan dirinya.

“Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya, Diana ke apa nama tu. Saya ada mendengar mengenai isu itu. Soalan ini tidak seharusnya diajukan kepada saya. Apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.

“Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Faztival Fazura di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai tindakan Neelofa yang menzahirkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen ketika dia sedang bersiaran langsung di TikTok.

Pengguna bernama Diana itu meninggalkan komen bertubi-tubi mengenai bagaimana bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai seperti Neelofa.

“Tolong Bl0ck Si Diana Ni, Serabut Betul Komen Dia” – Neelofa

Tular di media sosial apabila usahawan popular, Neelofa menzahirkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen.

Menerusi video yang tular itu, pengguna TikTok berkenaan dilihat sengaja ‘memanaskan keadaan’ sehingga menyebabkan Neelofa meminta agar individu tersebut disekat daripada akaun TikTok miliknya.

Menerusi komen berkenaan, pengguna terbabit membayangkan ada selebriti lain yang turut sama mengeluarkan produk inai seperti Neelofa.

“Tolong bl0ck si Diana ni, serabut betul komen dia,” ujar Neelofa ringkas selepas membaca komen berkenaan.

Menerusi sesi siaran langsung itu, Neelofa dan suami berkongsi tentang produk mereka serta perancangan untuk melancarkan produk kecantikan.

Dalam pada itu, nama Diana juga trending dan diperkatakan oleh netizen di Twitter.

VIDEO :

Sumber/ Kredit : TS

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bartasangbad.site/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Nama Dipetik Dalam Live Neelofa, Sekali Ini Komen Padu Fazura ‘Diana apa ke nama tu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*