Aliff Syukri berani g0yang dengan Baby Shima, netizen ingatkan tentang iman… “Fikir perasaan anak dan isteri”

 

APA sudah jadi? Januari lalu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri pernah berjanji untuk mengurangkan kontroversi dan mencipta gimik murahan demi menarik perhatian warganet.

Ketika itu, Aliff, 36, berkata, dia juga mahu memperlahankan rentak di media sosial supaya kehadirannya dilihat lebih matang dan dikenali sebagai usahawan berjaya dan bukannya kontroversi.

Tapi nampaknya, hasrat itu umpama janji kosong apabila Aliff sekali lagi menjadi sasaran netizen selepas memuat naik teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang di laman sosial miliknya pada Rabu.

Kali ini, penyanyi Baby Shima yang berduet dengannya turut menerima komen pedas apabila aksi tarian yang disifatkan menghairahkan cukup memalukan.

baby shima 1

Baby Shima turut menerima pelbagai kec4man dengan aksi kurang sopannya.

Apatah lagi pakaian dikenakan Shima turut mencolok mata apabila tampil berseluar pendek hitam dengan sarung kaki paras paha sambil menggoyangkan punggung ketika menari.

Aksi yang disifatkan memalukan itu seolah-olah sengaja ingin menjentik masyarakat demi meraih secebis perhatian.

Menerima lebih dari 4,000 komen, rata-rata netizen tidak suka dengan aksi yang dipamerkan selain turut memberi kata-kata nasihat supaya mereka berdua lebih peka dengan sensitiviti agama dan budaya.

“Jangan pelik-peliklah Datuk Aliff. Ingat awak itu ada anak yang sedang membesar. Fikir-fikirlah perasaan anak dan isteri. Awak sesuai jadi usahawan je.

“Malu itu separuh daripada iman. Jika tiada sedikit pun rasa malu? Allahu… semoga kita semua dilindungi.

aliff syukri 2

April lalu Aliff pernah mencetuskan kontroversi menerusi MV Kelepok Raya sehingga dipanggil pihak SKMM.

“Baby Shima dulu okey je. Sekarang kenapa jadi macam ini?” komen netizen.

Ada juga netizen yang melahirkan rasa pelik dengan kemunculan Shima kerana sebelum ini kedua-duanya dikatakan bermasam muka.

Bukan itu sahaja, netizen turut mengaitkan nama isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Shahida yang dianggap seolah-olah setuju dengan aksi gedik suaminya itu menari dengan wanita lain.

Malah dalam masa sama, ibu kepada Aliff iaitu usahawan Rozita Ibrahim juga disebut-sebut kerana sebelum ini wanita itu sudah banyak kali menasihatkan anaknya untuk berubah.

Komen

Antara komen netizen yang ditinggalkan di TikTok Aliff.

Ramai turut memetik nama Rozita di dalam ruangan komen meminta wanita itu menasihati anaknya.

Dalam pembikinan lagu kali ini, beberapa pempengaruh media sosial dijemput dalam muzik video dan antaranya ialah Ratu Farah yang juga menerima kecaman dek kerana terlalu asyik bergelek.

Sebelum ini Aliff sudah menerima kritikan teruk selepas tampil dengan lagu Kelepok Raya yang menunjukkan aksi lelaki lembut menari sehingga dia dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan.

Namun nampaknya Aliff belum serik!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Aliff Syukri berani g0yang dengan Baby Shima, netizen ingatkan tentang iman… “Fikir perasaan anak dan isteri”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*