Bersih Daripada Kontroversi, Hijrah Mizz Nina Kekal Jadi Inspirasi Para Wanita

Sejak akhir-akhir ini, nama penyanyi Mizz Nina menjadi sebutan dalam kalangan wargamaya di laman media sosial.

Kisah penghijrahannya sejak 10 tahun lalu menjadi contoh teladan dan inspirasi kepada semua wanita.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Izzlara Mungawan, dia memuji dengan perubahan drastik yang dibuat oleh pemilik nama Shazrina Azman yang tidak menimbulkan sebarang kontroversi membabitkan dirinya.

“Saya memuji Mizz Nina dalam penghijrahannya. Dia berubah menjadi orang baharu. Anak kepada salah seorang ‘tycoon’ Malaysia, kalau nak diikutkan segala macam jenis kontroversi dia boleh bikin (buat).

“Namun, saya tidak pernah mendengar apa pun khabar angin panas sewaktu penghijrahan beliau. Syabas Nina! Kadang-kadang yang terbaik adalah lebih ‘mahal’ daripada ‘murah’.

“Nak hijrah itu sangat dituntut namun usahlah kerana hijrah kita itu, membuka sejuta pintu fitnah. Seharusnya kita membendung dan memelihara diri dari membuka lorong-lorong fitnah sama ada untuk diri kita mahupun orang lain.

“Nina berkahwin dengan Noh, bukan dalam kalangan ‘alim ulama’ yang 24 jam kata-katanya penuh dengan hadis dan al-Quran, namun Noh menjaga dan mendidik Nina menjadi seorang isteri yang jauh solehahnya. Dia mempunyai segalanya tetapi dia tidak pernah membawanya ke jalan yang salah,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Izzlara menyatakan dakwah yang disampaikan Mizz Nina mudah diikuti ramai orang walaupun pengisiannya bukan dipenuhi dengan bahasa Al-Quran dan hadis.

“Dakwahnya menjadi ikutan. Dakwahnya ada kelas. Dakwahnya mengajak dan buat orang merasa terpanggil. Dakwahnya berkualiti walaupun hujahnya bukan disulami bahasa al-Quran dan hadis.

“Elakkan sebarang kontroversi dan sebagainya agar dakwah itu sampai. Buat kesekian kalinya, satu demi satu Allah buka keaiban hamba-Nya yang melampaui batas. Secara sengaja mahupun tidak, keaiban itu dibuka sendiri tanpa paksa.

“Allah kurniakanlah dia hidayah, bagaimana sewajarnya tindakan seorang yang berpengaruh dan menutup rapat auratnya. Bukan sebaliknya Kau membuka keaibannya di saat dia sendiri tanpa sedar membuka albnya.

“Semoga Allah berikan kita semua hidayah dan tahu bertindak mengikut iman bukan nafsu,” tulisnya lagi.

Di laman Twitter, perkongsian itu telah tular dan rata-ratanya kagum dengan perjalanan hijrah Mizz Nina.

“@izxfrh: Mizz Nina lah contoh teladan yang baik. Betul juga, selama dia berhijrah, takda pun kita dengar dia buat kontroversi nak bangkitkan fitnah dekat diri sendiri.

“@qamilaqabello: Mizznina membuat saya merasa seperti semua orang di dunia ini berhak mendapat peluang dari Allah.

“@syaqilss: Saya tidak mengidolakan mana-mana artis termasuk Mizz Nina, tetapi setakat ini dia telah memberikan contoh yang sangat baik untuk kita semua,” antara respon yang ditinggalkan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber:  https://gempak.com/

Be the first to comment on "Bersih Daripada Kontroversi, Hijrah Mizz Nina Kekal Jadi Inspirasi Para Wanita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*