Pelakon Ako Mustapha Saklt? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

 

Pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Datuk Afdlin Shauki memuatnaik perkongsian berita di akaun Instagram beliau semalam tentang keadaan rakannya yang juga merupakan seorang pelakon.

Doakan Ako Mustapha

Menjengah di Instagram Afdlin, pengarah terkenal ini memuatnaik dua gambar bersama coretan ringkas di media sosial beliau. Berdasarkan entri yang ditulis Afdlin, beliau bermohon agar orang ramai dapat menitipkan doa buat rakan iaitu pelakon Ako Mustapha agar kembali pulih seperti sedia kala.

“Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh semua, tolong doakan kesembuhan bagi sahabat saya Ako Mustapha. Semoga di permudahkan segala urusannya.” Coret beliau

via Instagram Datuk Afdlin Shauki
via Instagram Datuk Afdlin Shauki
via Instagram Datuk Afdlin Shauki

Berdasarkan dua gambar yang dikongsikan Afdlin, keadaan tubuh Ako Mustapha kelihatan semakin kurus sehingga urat dan tulang dibahagian tangan dapat dilihat timbul dengan jelas.

Masuk Hospital Kuala Lumpur

Menjengah pula di Instagram Ako Mustapha, Murai MY mendapati isteri kepada pelakon ini iaitu Kartina Shuib memaklumkan keadaan suaminya itu menerusi media sosial aktor tersebut.

Menurut Kartina, suaminya terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Kuala Lumpur dan memohon agar orang ramai dapat menitipkan doa buat suaminya.

“Assalamualaikum.. Tolong doakan untuk suami saya Ako Mustapha.. Sekarang dia berada di bilik kecemasan HKL.

Semoga dengan doa-doa kalian mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan diberikan kesembuhan buat suami saya. Aamin ya rabbal alamin.” Tulisnya

via Instagram Ako Mustapha

Sekadar info, Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha menghidap penyakit kencing manis pada tahun lalu sehingga menyebabkan pelakon ini susut berat badan sehingga 20 kilogram.

Murai MY mendoakan agar Ako Mustapha segera pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Pelakon Ako Mustapha Saklt? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*