“Doktor Check Ada…” Anak Masuk Hospital, Achey..

Pelawak Achey memaklumkan anak perempuannya, Tiara, 5, terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dem4m panas.

Berkongsi berita itu di laman Instagram miliknya, Achey berkata anaknya sering dem4m sebelum disahkan mempunyai tonsil pada bahagian tekak.

“Tiara Dem4m on off yang agak tinggi, makan muntah, kita tak boleh tahan tengok.

“Pertama kali ke hospital nampaknya selama empat tahun, syukur hospital Uitm Puncak Alam dah beroperasi.

“Sampai je ke hospital doktor terus check dan ambil darah dia, bila check ada tonsil agak besar dekat dengan tekak, dua jam kemudian dapat keputusan darah,” tulis Achey pada kapsyen.

Biarpun berasa sedih melihat keadaan anaknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, melahirkan rasa syukur kerana tiada perkara serius yang berlaku.

“Alhamdulillah tiada apa-apa, namun terlepas juga air mata jantan aku tengok.

“Pesanan jaga diri dan keluarga semua, moga yang melalui ujian sakit di berikan syifa dan kesihatan berpanjangan,” tambahnya.

Achey turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan anaknya dan dia sempat berpesan kepada pengikutnya untuk sentiasa menjaga kesihatan diri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber:  https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Doktor Check Ada…” Anak Masuk Hospital, Achey.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*