[VIDEO] Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

 

Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas apabila tayar pada kereta yang dinaikinya telah pecah ketika memandu di lebuhraya pada malam tadi.

“Tayar Tiba-Tiba Pecah Terbelah”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, kelihatan Zarina dan ibu serta anak lelakinya, Azil masih berada di dalam kereta kerana rasa takvt akan kemal4ngan yang berlaku.

“Tayar tiba-tiba pecah terbelah. Saya, mak saya, dan Azil dalam kereta. Ya Allah nasib tiada kereta atau lori kat belakang tadi. Sekarang tadi tengah tunggu lori towing. Nak keluar takut kereta tepi highway Slim River.”-Kata Zarina Zainuddin

Dimarahi Suami 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Menitipkan rasa syukur apabila dapat kembali ke rumah dengan selamat pada pagi tadi, pelakon drama Teduhan Kasih ini menceritakan bahawa dia telah dimarahi oleh suaminya kerana suka melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang perancangan. Walaubagaimanapun, Zarina akui itu adalah kesilapannya dari dirinya sendiri.

“Sesampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami last-last kena marah. Suami cakap saya suka buat satu benda tu tanpa rancangan. Terus gerak je sampai Sungai Buloh baru teringat nak beritahu suami.

“Saya kena marah dengan suami takpe sebab salah saya pun janji saya dapat jumpa mak saya. Sementara mak saya masih ada lagi ni.”-Kongsi Zarina

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*