[VIDEO] Reaksi Penyanyi Black Hanifah ‘Terkvcil’ Menyanyi Depan Tun M Jadi Bualan Netizen

 

Baru-baru ini, penyanyi Black meluahkan rasa terujanya apabila dia dapat meluangkan masa bersama bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir. Bukan sahaja dapat meluangkan masa malah penyanyi itu juga sempat menyanyi di hadapan tokoh negara itu sekaligus mencuri tumpuan mereka yang berada di situ dengan nyanyiannya ini.

“Peluang dapat menyanyi depan @chedetofficial ni mungkin sekali seumur hidup. Boleh pulak lagu sendiri pun sangkut.”

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok penyanyi itu, Black dilihat baru sahaja selesai menjamu selera bersama-sama Tun Dr Mahathir di sebelahnya. Penyanyi itu kemudian berpeluang mempersembahkan sebuah lagu sambil ditonton oleh Tun M dan beberapa lagi individu yang turut sama berada di situ.

Namun Black terpaksa menghentikan nyanyiannya itu semasa di pertengahan gara-gara terlalu gugup menyanyi di hadapan Tun M. Malah dia juga dilihat begitu gementar dan cuba menahan ketawanya selepas nyanyiannya ‘tersangkut’ pada pertengahan jalan disebabkan perasaan gugup itu.

Penyanyi itu sekali lagi menyanyi semula dengan lagu lain untuk tidak melepaskan peluang menyanyi di hadapan bekas pemimpin negara itu. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama dapat memahami perasaan gugup yang dialami penyanyi itu. Malah ada yang menganggap penyanyi itu bertuah kerana diberikan peluang keemasan seperti ini.

“Mesti tun kata aku layan sajalah budak ni nyanyi.”

black

“Kalau lah saya, alamatnya tak berbunyi lah mulut saya.”

penyanyi

“Senyum Tun tengok Black tengah nyanyi.”

komen

“Untung ko Black. Dapat nyanyi depan negarawan.”

tik tok

Sumbertik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Reaksi Penyanyi Black Hanifah ‘Terkvcil’ Menyanyi Depan Tun M Jadi Bualan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*