Kerana Terlalu Subur, Doktor Selalu Sarankan Iqbal Untuk Kahwin Cepat – “Doktor Risau Saya Menjadi Stres”

Selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli mengakui pernah melakukan ujian kesuburan sungguhpun masih belum mendirikan rumah tangga.

Menerusi sesi soal jawab yang diadakan di Instagram, Iqbal menjelaskan yang doktor menasihatinya untuk berkahwin dengan segera kerana dia didapati terlalu subur.

“Sebelum perkahwinan (yang tak jadi) hari itu, saya sudah jumpa doktor untuk periksa kesuburan. Alhamdulillah semua baik. Malah doktor sarankan saya berkahwin cepat sebab terlalu subur.

“Sampai sekarang doktor gelakkan saya apabila berjumpa. Doktor risau saya menjadi stres. Entahlah berkahwin kan jadi stres. Tak berkahwin stres lain pula. Apapun tentang zuriat, terserah pada Allah yang beri,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut memberi gambaran secara am mengenai pemeriksaan kesuburan serta kos yang dikeluarkan bagi proses tersebut.

“Kos test kesuburan air mani lelaki RM150-RM400. Tetapi dengan doktor saya, RM50 sahaja. DM jika serius. Doktor akan periksa kuantiti, bentuk dan pergerakan sperma (sperm motility).

“Sebelum test kita perlu puasa / tidak boleh bersama sekurang-kurangnya tiga hari. Amat menyeksakan. Elakkan minum kopi dan tidur mesti cukup rehat. Doktor saya ada bagi tip untuk banyakkan kuantiti sperma. Itu rahsia tak boleh cerita di sini. Rawatan in tidak semestinya untuk orang berkahwin sahaja,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Iqbal turut membidas tanggapan orang ramai yang menganggap pengambilan anak angkat hanyalah sekadar mahu membikin content.

“Ya, ada yang fikir ambil anak angkat semata untuk jadikan kontent. Mereka tidak tahu di sebalik hari-hari bagaimana saya menjaganya. Bukan senang. Tidak semua orang mampu. Sekarang apabila berbelanja, saya sudah lupa untuk beli barangan mewah saya sendiri.

“Lebih seronok belikan untuk Ziyad. Terima kasih sebab faham. Banyak yang terbuku dalam hati, orang hanya menilai,” katanya lagi.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram mengumumkan yang dia kini sedang memelihara anak angkat yang diberi nama Ahmad Ziyad.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "Kerana Terlalu Subur, Doktor Selalu Sarankan Iqbal Untuk Kahwin Cepat – “Doktor Risau Saya Menjadi Stres”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*