[VIDEO] “Hati2 Dato’ takut tersalah usap” Netizen Kec4m Vida Jumpa Anak2 Shuib Untuk ‘Menumpang’ Kasih

 

Baru-baru ini, menerusi platform Instagram, Datuk Seri Vida memuat naik satu video yang memperlihatkan pelawak Shuib dan anak-anaknya datang melawat pengusaha kosmetik itu di Ipoh, Perak.

Menerusi ruangan kapsyen video berkenaan, Vida menjelaskan yang hubungannya bersama anak-anak Shuib begitu akrab.

“Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin.

“Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat,” tulis Vida.

Tumpang kasih

Begitupun, terdapat komen yang agak kurang senang dengan kata-kata Vida tersebut. Menurut seorang netizen, Vida tidak sepatutnya berkata begitu memandangkan dia masih lagi memiliki dua orang anak iaitu Cik B dan Kacak.

“Menumpang kasih anak orang? Ayat tu salahlah, macamlah takda anak sendiri nak tumpang. Kalau sendirian oklah,” jelas netizen berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan dibidas oleh seorang lagi netizen. Menurutnya: “Awak mungkin tak tahu Datuk pernah kehilangan anak dua orang. Masa anak dia meningg4l sebaya umur anak-anak Shuib lah,” ujarnya.

VIDEO :

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Dato Seri Vida (@datoserivida)

Namun, penulis komen yang pertama kembali mempertahankan hujahnya di ruangan balas. Dia berkata: “Saya tahu, tapi sebab masih ada anak lagi yang hidup jadi tak perlulah cakap nak menumpang kasih anak orang lain. Kalau saya lah, saya tak setuju kalau mak saya cakap gitu ye. Cakap saya tak tau, Datuk Vida semua orang kenal kan, bukan saya tak tahu kisah arw4h anak-anak dia,” tulisnya.

Kahwin

Dalam pada itu, menerusi komen-komen yang lain, ada juga yang melahirkan rasa kasihan dan tersentuh melihat keakraban Vida dengan anak-anak Shuib. Tidak kurang ada juga yang meminta agar mereka berdua bersatu di atas pelaminan.

“Allah, manjanya Uwais. Perlu kasih sayang seorang mak lagi dorang ni. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ni.”

“Semoga berbahagia DSV dgn Shuib…semoga bertemu jodoh… Amin.”

“You all kahwin jelah berdua. Jutawan dan jutawan. Takda istilah kikis harta.”

“Datuk hati dia ikhlas dan perlukan lelaki yang ikhlas sayangkan dia.”

Untuk rekod, dua anak Vida, Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11 dan Edrie Zikrie, 10 meningg4l dunia dalam satu kebak4ran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Perak pada 2013.

RESPON NETIZEN :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : IG Vida, GEMPAK  via https://bartasangbad.site/

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

Be the first to comment on "[VIDEO] “Hati2 Dato’ takut tersalah usap” Netizen Kec4m Vida Jumpa Anak2 Shuib Untuk ‘Menumpang’ Kasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*