“Keikhlasan Hati Dalam Menerima Pasangan” Bikin Seb4k, Majlis Akad Nikah Pengantin Baru Jadi Tumpuan Ramai!

Semua yang terjadi dalam hidup kita ni, semuanya ketentuan Allah. Terutamanya soal jodoh, semua antara kita telah ditetapkan pasangan masing-masing cuma siapa, cepat atau lambat semuanya rahsia Dia.

Misalnya bagi pasangan mempelai ini, meskipun pengantin lelaki ini merupakan seorang insan kurang upaya, tetap menjadi pilihan si suri hati untuk menjadi pilihan hidup.

Detik indah penyatuan dua jiwa itu dikongsi oleh seorang photographer di aplikasi Tiktoknya iaitu Alang Nordin. Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki bergerak dengan menaiki skateboard untuk masuk ke kawasan dewan. Walau bagaimanapun, Haziq Samrat sama sekali kelihatan tidak kekok dan tampil yakin sewaktu bersalam untuk upacara akad nikah.

Sementara itu, mempelai wanita yang dikenali sebagai Miera pula sudah tersenyum manis sedondon menyarung persalinan serba putih di atas pelamin. Malah mereka berdua juga sempat mengadakan sesi photoshoot sesi outdoor bersama seusai majlis diadakan.

Video:

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cukup sebak melihat pasangan berkenaan. Malah ramai yang memuji keikhlasan pengantin wanita dan juga keluarga menerima pasangannya dengan cukup baik.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: keluarga.my

 

Be the first to comment on "“Keikhlasan Hati Dalam Menerima Pasangan” Bikin Seb4k, Majlis Akad Nikah Pengantin Baru Jadi Tumpuan Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*