Gadis Miliki Ijazah Bidang Kimia Kini Bekerja Di KFC Cetus Kerisauan Netizen

 

Isu lambakan graduan dengan kekurangan peluang pekerjaan bukanlah satu isu baru lagi dalam negara ini. Baru-baru ini pula, kecoh di media sosial perkongsian seorang gadis tentang pekerjaan terkininya ini selepas tamat pengajian sekaligus mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen. Bahkan ramai juga yang turut bersimpati melihat nasib graduan masa kini yang susah mendapat pekerjaan.

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat menghadiri majlis konvokesyen bersama-sama para graduan yang lain selepas berjaya menamatkan pengajian mereka. Difahamkan, gadis itu telah berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kimia di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Namun kini dia akur bekerja di salah sebuah restoran makanan segera yang jauh berbeza dari bidang yang dipelajarinya. Menurut gadis itu di ruangan kapsyen, ini bukanlah pekerjaan yang sempurna namun dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Perkongsian gadis itu kemudiannya tular dikongsikan dengan lebih dua juta tontonanan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama bersimpati dan memahami masalah yang selalu dihadapi oleh graduan pada masa sekarang ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berkongsikan situasi yang sama seperti yang dilaluinya ini ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang terhad. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk gadis itu pada masa hadapan.

“Negara kita gagal.”

graduan

“Kawan saya masters, kerja penjual wafer je u…”

gadis

“Sekarang memang lambakan graduan tapi peluang pekerjaan kurang…”

komen

“Kadang-kadang tertanya untuk apa belajar tinggi-tinggi, sampai masa tak sama apa yang kita belajar.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Gadis Miliki Ijazah Bidang Kimia Kini Bekerja Di KFC Cetus Kerisauan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*