Ras Adiba Rayu Maklumat Cari Zalina Azman, Sekali Anak Zalina Tampil Dedah Sesuatu Tentang Ibu

 

PETALING JAYA – “Awak di mana Zally?”

Itu antara perkongsian bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi di Instagram susulan kehilangan rakan seperjuangannya di TV3, Zalina Azman yang tular sejak semalam.

Makluman mengenai hebahan orang hilang itu lebih dahulu dikongsi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi Facebook rasmi yang mencari seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman, 58.

Antara disebutkan dalam laporan berkenaan ialah mencari individu berumur 58 tahun, selain mempunyai ciri fizikal berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus.

Aktivis kemasyarakatan yang juga Senator Dewan Negara itu berharap Zalina dapat pulang semula ke rumahnya.

Bersama tanda pagar #zalinaazmantv3, menerusi perkongsian lain Ras Adiba turut meminta orang ramai membantu menjejaki sahabatnya itu yang dipercayai hilang sejak November tahun lalu.

Rayuannya turut menarik perhatian ramai termasuk ikon dunia pengacaraan tempatan, Datuk Aznil Nawawi yang turut meninggalkan komen.

Sementara itu, IPD Shah Alam memohon orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Terdahulu Zalina memulakan tugas di stesen televisyen TV3 pada 1990, sebelum melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Kewartawanan selama setahun di London.

Sepanjang kerjayanya, Zalina pernah mewawancara ramai tokoh terkemuka termasuk bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Ibu kepada dua cahayamata itu turut cenderung dalam bidang penulisan apabila menghasilkan dua buah buku iaitu berkisar pengembaraannya, Mystical Mangla dan luahan kecintaan terhadap koleksi persalinannya, V For Vintage

“Pengadu (anak Zalina) mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.” – Polis

Polis sedang mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Ras Adiba Rayu Maklumat Cari Zalina Azman, Sekali Anak Zalina Tampil Dedah Sesuatu Tentang Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*