Yusof Haslam Yakin Filem Mat Kilau Mampu Kutip Lebih RM100 Juta

 

Selepas 25 hari ditayangkan di pawagam, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena apabila mecatat kutipan RM80 juta.

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam percaya filem tersebut mampu mendapat kutipan melebihi RM100 juta.

Memetik Harian Metro, bapa kepada pengarah filem tersebut itu berkata lagi Mat Kilau mampu muncul sebagai filem sepanjang zaman seperti filem Bukit Kepong.

Menurut Yusof lagi, meskipun filem Bukit Kepong sudah mencecah usia 41 tahun namun filem arahan Allahyarham Tan Sri Dr Jins Shamsuddin masih diminati sehingga kini.

“Saya yakin dan percaya kehebatan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini mampu menjadi filem legenda yang akan dikenang masyarakat Melayu.

“Malah mungkin lebih (hebat) daripada Bukit Kepong berdasarkan respons, kenangan orang terhadap filem ini.

“Daripada segi kutipan, saya percaya ia mampu melebihi RM100 juta. Sekarang pun respons yang diberikan pelbagai pihak termasuk ahli politik sangat baik dan kutipan harian masih jutaan ringgit,” katanya.

Mengulas mengenai pandangan negatif segelintir pihak terhadap filem tersebut, Yusof berkata bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

“Nak marahkan mereka (orang ramai) pun tak boleh juga… masing-masing ada hak dan pandangan masing-masing tetapi saya bangga 99 peratus memberi respons baik terhadap filem ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.rotikaya.com/

 

Be the first to comment on "Yusof Haslam Yakin Filem Mat Kilau Mampu Kutip Lebih RM100 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*