“Saya Sebenarnya Dah Penat”, Kenyataan Syamsul Yusof Isu Kontroversi

 

Nama Syamsul Yusof sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Filem Mat Kilau arahannya menjadi antara karya yang berjaya di panggung hari ini. Kutipan jutaan ringgit juga membuatkan kejayaan filem ini terus diperkatakan.

Bagaimanapun seiring dengan itu, kontroversi rumahtangganya bersama isteri, Puteri Sarah Liyana turut menjadi bualan hangat ramai gara-gara orang ketiga. Isu tersebut masih hangat diperkatakan di pelusuk media tempatan.

94103206_248172463253905_3603075258082073157_n

Susulan itu baru-baru ini kenyataan Syamsul Yusof, 38 tahun mengenainya telah diluahkan kepada wartawan Harian Metro. Menerusi laporan tersebut, Syamsul mengakui pelbagai komen diterimanya berkaitan kejayaan hari ini serta diikuti dengan isu perkahwinanya yang sedang hangat.

Tambahnya lagi, dia turut mengakui sudah penat dengan semua ini.

“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas. Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga,” kata Syamsul Yusof.

Mengakui dia juga ada buat silap, dia juga bersyukur dengan segala rezeki yang diperoleh ketika ini menerusi laporan kenyataan Syamsul Yusof itu. Apa-apa pun filem Mat Kilau memang terbaik dan layak menerima pujian!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "“Saya Sebenarnya Dah Penat”, Kenyataan Syamsul Yusof Isu Kontroversi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*