“Kalau Pasangan Pegang Tangan Haram Boleh Samak Ke?” – Video Baby Shima Bersama Anjing Pula Jadi Bualan Netize

 

Penyanyi Baby Shima sememangnya sentiasa mendapat perhatian netizen hasil perkongsian konten di media sosial.

Semalam, Shima berkongsi video bersama seekor anjing berwarna coklat kehitaman di hadapan sebuah bangunan.

Dalam video tersebut, Shima hanya memegang tali yang diikat pada leher anjing itu tanpa memegang atau menyentuh tubuh haiwan berkenaan secara terus.

“Siapa kacau, kena gigit dengan Baby Sugar!,” tulis Shima di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ramai yang menulis komen positif, tidak kurang juga yang mengusik Shima tentang risiko dikecam susulan video berkenaan.

“Meminta ini dikecam,” tulis netizen.

“Saja nak kena kecam ni,” tulis yang lain.

“Pegang anjing haram tapi boleh samak, kalau pasangan (merujuk yang belum kahwin) pegang tangan haram boleh samak ke?” soal netizen lain.

“Bila orang kecam, view naik, ini je cara nak naikkan nama. Zaman sekarang kalau nak naikkan nama, kena post benda yang jadi kecaman netizen,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Shima di Instagram itu mendapat lebih 15,000 tanda suka dan hampir 500 komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : 

 

Be the first to comment on "“Kalau Pasangan Pegang Tangan Haram Boleh Samak Ke?” – Video Baby Shima Bersama Anjing Pula Jadi Bualan Netize"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*