“Sungguh Memalukan Sebagai Orang Islam…” – Ustazah Asma Harun Tegur Sedutan Babak Sensasi Drama Melur Un

 

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran terhadap sebuah drama yang telah mencetuskan fenomena di Malaysia dan di negara serantau seperti Indonesia, Thailand, dan Filipina, iaitu Melur Untuk Firdaus.

Sangat Memalukan Sebagai Orang Islam

Menerusi hantaran di Instagram, pendakwah bebas ini berpendapat babak Melur yang bertanyakan soalan kepada suaminya itu sungguh memalukan sebagai orang Islam yang masih mempunyai iman.

“Memang terlintas nak ulas tentang drama ni, walaupun kat rumah tiada siaran boleh  tengok, tapi sedutan pendek drama ni berlegar dalam media sosial. Bila Akhi Fairuz dah tag, tanpa bertangguh lagi saya perlu respons.

“Cara soalan atau godaan Melur pada suaminya dalam beberapa babak sungguh memalukan sebagai orang Islam yang masih ada iman, kerana jelas malu itu sebahagian daripada iman. Saya terus terfikir bagaimana orang muda yang dah faham dan remaja yang fikiran masih bersih dikotorkan dengan imaginasi yang tak boleh dikawal,”Tulis Ustazah Asma

“Mungkin Bagi Peminat Drama Melihat Teguran Ini Sangat Tak Relevan..”

Ustazah Asma turut meluahkan rasa bimbang drama dan filem tempatan serta luar negara yang menormalisasikan perkataan atau perbuatan termasuk lakonan yang berunsur lucah.

“Mungkin bagi peminat drama melihat teguran ini sangat tidak relevan ,seolahnya kami yang menegur ini mengarut atau melebih-lebih. Tapi cuba bayangkan adegan sebegitu berlaku depan mata secara zahir bukan alam maya, bukankah ia meloyakan.

“Dan apabila normalisasi kelucahan masuk secara berterusan bermula dengan ‘soft porn’, akhirnya yang melampau pun mengikuti, terbukti kita lihat cara iklan produk intim suami isteri atau produk aset wanita yang mengaibkan sangat berleluasa.”-Tulisnya lagi

Di akhir hantaran nya, pendakwah ini menyatakan bahawa perkataan atau perbuatan termasuk lakonan berunsur lucah adalah tergolong dalam sesuatu yang keji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "“Sungguh Memalukan Sebagai Orang Islam…” – Ustazah Asma Harun Tegur Sedutan Babak Sensasi Drama Melur Un"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*