“Tadi ada lalu video Lisa…” Nabil Tanya Soalan Luar Topik, Sekali Jawapan Datin Lisa Surihani Raih Perhatian Netizen

 

Bukan mudah untuk istiqamah, pelakon Datin Lisa Surihani mengakui berasa takut sekiranya dirinya dihujani dengan pujian ramai tentang penghijrahannya.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 36, dugaan boleh hadir dengan cara yang positif seperti pujian dan enggan dirinya hanyut dalam lautan kata-kata positif yang diberikan umum.

“Antara dugaan yang dilalui ialah berbentuk positif, Bila orang mendoakan, kita aminkan dan akan berbalik kepada mereka berganda.

“Namun, jika orang mula memuji, saya takut. Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” katanya dalam sebuah program hiburan malam tadi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Kata pelakon filem Lagenda Budak Setan itu, meskipun pujian merupakan kata-kata yang indah namun semua itu boleh melalaikan seseorang.

“Lumrah manusia suka dengan pujian tetapi kadang-kadang kita boleh terlupa dan rasa seronoknya apabila dipuji orang lain.

“Apapun, mereka yang berhijrah perlu sentiasa ingat semuanya datang daripada Allah, muhasabah diri dan ingat niat asal kita.

“Untuk kekal istiqamah ini sebenarnya agak mencabar dan ada macam-macam perkara yang boleh membolak-balikkan hati kita. Sama-sama kita mendoakan sesama sendiri,” ujarnya.

Sebagai info, dia yang merupakan isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim itu mula berhijab sekitar tahun 2019.

Hari demi hari, penampilannya yang semakin tertutup, kurang bersolek dan menghias diri kian mendapat pujian ramai dalam media sosial.

VIDEO :

Beriktu pula ulasan dari seoang netizan yang di kenali sebagai Siti Suryani Yaakop, bila tertengok satu video Lisa bercakap mengenai puji-pujian

Kena hati-hati kalau orang puji.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

“Tadi ada lalu video Lisa Surihani cakap pasal puji-pujian. Kena hati-hati kalau orang puji. Sebab kita ni manusia. Sikit banyak mesti ada jugak rasa seronok yang akhirnya membawa kepada sum’ah.

“Dan hari tu dengar dia cakap pasal penghijrahan dia. Dia kata dia bersyukur ada ramai kawan-kawan yang bagi sokongan. Antaranya Heliza Helmi. Neelofa. Diana Amir.

“Dia kata kalau nak berubah ni memang seronok ada kawan yang faham dan berada di aliran yang sama. Kenalah follow rapat-rapat kawan macam ni.

“Tapi dia juga pesan. Dan jarang saya dengar orang pesan macam ni. Biasa orang pesan suruh duduk di circle dia saja. Tinggalkan circle yang lama-lama.

“Dia kata macam ni. Walaupun kita dah berubah. Dah jumpa teman-teman seangkatan dari jalan yang sama. Jangan tinggalkan kawan-kawan kita yang lain. Doakan dia. Baik juga dengan dia macam biasa. Yang kita tinggalkan, yang kita jauhkan ialah aktivitinya. Tapi kawan tu tidak. Jangan kita tinggal dia.

“Mana tahu satu hari nanti asbab kita terus berbuat baik dengan dia, dia lembut hati. Dia mengikut juga. Bukan kita tinggal dia sebab kita rasa kita dah berubah lebih baik dari dia.

“Biasa kadang saya baca orang bagi motivasi tulis.

“Kawan dengan orang yang macam kita saja. Tinggalkan kawan-kawan lama. Yang tak sama macam kita.

“Dengan itu saya faham.

“Selain dari ilmu dan iman kena ada satu lagi. Kena ada hati yang baik. Yang bersih. Yang memandang orang lain baik. Yang faham orang lain akan sampai masanya akan berubah juga. Orang lain pun dulu tu pernah jadi kita. Dan kita pun pernah jadi dia.

“Menambah ilmu senang.

“Menambah iman jangan kurang.

“Menambah hati yang baik kena selalu berperang.

“Tidak dengan sesiapa.

“Melainkan dengan diri sendiri juga.

“Dan itulah yang paling susah sekali adanya…

Lisa Surihani datang Meletop tak pakai make-up dipuji ramai

Lisa Surihani datang Meletop tak pakai make-up dipuji ramai. Sudah lama sangat kita tak dengar khabar tentang bintang utama ‘Lagenda Budak Setan & Istanbul Aku Datang’, Datin Lisa Surihani sejak berumah tangga.

Sekitar dua tahun lalu, pelakon wanita ini mengejutkan ramai apabila tampil dengan imej bertudung. Sejak itu, satu persatu perubahan dari segi penampilan selebriti berkenaan dapat dilihat dengan jelas.

Kini aktif buat kerja-kerja amal dan tak lagi dilihat bintangi mana-mana drama

Bahagia dengan 3 orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Eunos Lateh, Lisa kini sudah tidak lagi dilihat membintangi mana-mana drama. Walau bagaimanapun, isteri kepada pengarah Datuk

Yusry KRU ini tetap aktif dengan kerja-kerja amal bersama beberapa agensi NGO.

Terbaru semalam, julung-julung kali artis wanita itu dijemput tampil menerusi rancangan ‘MeleTOP’.

Ayu dengan persalinan jubah labuh warna pastel lengkap dengan sarung lengan, dan juga kaki

Dengan menyarung jubah labuh berona pastel, dan turut mengenakan sarung lengan dan juga kaki, imej tertutup Lisa kelihatan cukup kemas. Malah wanita itu juga seperti tidak memakai sebarang makeup di wajahnya termasuklah lipstick.

Namun kecantikan serta keayuan tetap terserlah menerusi senyuman manis selebriti tersebut.

Secalit warna pun tak ada di wajah beliau…Dalam ramai-ramai, Lisa ni memang nampak sangat keikhlasan dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui seakan terpegun pula melihat penampilan terkini Lisa Surihani.

Malah mereka juga akui kagum serta ingin menjadikan pelakon wanita itu sebagai satu sumber inspirasi dalam aspek hijrah ini.

Berikut sedikit info mengenai Lisa Surihani

1. Nama penuhnya, Lisa Surihani binti Mohamed. Dikenali sebagai Lisa Surihani.

2. Lahir pada 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur kepada pasangan Mohamed Mahbob (bapa) dan Siti Amirah Ahmad (ibu). Bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 31 Oktober 2008 kerana menghidap kanser paru-paru.

3. Anak keempat daripada lima adik-beradik. Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

4. Berketinggian 1.60 meter.

5. Berdarah campuran Bugis, Cina, India dan Arab.

6. Mempunyai kelulusan dalam jurusan undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

7. Merupakan pelakon, model, jurucakap produk dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1997.

8. Antara drama dibintanginya seperti Gergasi, Mertua vs Menantu, Mataku Nampak Hantu, Tudung Ekspres, Mana Hilangnya Juwita dan Alamatnya Cinta.

9. Turut berlakon dalam telefilem Ponti Anak Remaja, S3RAM, Mamma Mamma Mia, Kontena Ana, Aku Posmen dan banyak lagi.

10. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem I’m Not Single, V3 Samseng Jalanan, Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu, Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.

11. Pemegang trofi Pelakon Waniita Terbaik di Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Turut tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 dan Favourite Asian Act di Anugerah Nickelodeon Kids’ Choice.

12. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abd Halim pada 23 Februari 2012. Sehingga kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015 dan Yusof Leonne (23 April 2017).

KREDIT: Sumber: FB Siti Suryani Yaakop, HMETRO

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bartasangbad.site/

Be the first to comment on "“Tadi ada lalu video Lisa…” Nabil Tanya Soalan Luar Topik, Sekali Jawapan Datin Lisa Surihani Raih Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*