“Banyakkan Makan Kismis” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Pengarah KPDNHEP Menyarankan Kurangkan Makan Telur

 

Baru-baru ini, tular satu video yang dikeluarkan oleh YouTube Melaka TV mengenai pandangan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar mengenai isu kenaikan harga barang.

Menyarankan Pengurangan Pengambilan Telur

via Facebook Fadzil Zahari

Menurut MalaysiaKini, Norena Jaafar menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka untuk mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.

Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.

Banyakkan Makan Kismis

Video yang tular sejak sejak beberapa hari ini telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Malah Fadzil Zahari juga turut memberikan respnd terhadap isu tersebut.

Melihat di halaman Facebook miliknya, Fadzil memuat naik gambar Pengarah KPDNHEP Melaka beserta ‘caption’ yang menyatakan bahawa untuk kurangkan sikit makan telur, banyakkan makan kismis.

Netizen Memberikan Pelbagai Reaksi

via Facebook Fadzil Zahari

Di ruangan komen, ramai netizen memberi maklum balas terhadap gamabr yang dimuat naik oleh Fadzil. Ada yang menyatakan terima kasih kepada Fadzil kerana telah mewakili suara rakyat.

Malah ada juga yang inginkan pengarah tersebut untuk meminum air zam zam supaya selepas ini dapat memberi kenyataan yang berperikemanusiaan.

Untuk makluman, bermula 1 Julai harga siling telur ayam pula naik antara 2sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "“Banyakkan Makan Kismis” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Pengarah KPDNHEP Menyarankan Kurangkan Makan Telur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*