Tiba-Tiba Tunjuk Cincin, Abang Viva Lamar Kekasih Masa Tengah ‘Live’

 

Satu ketika dahulu, lelaki dikenali sebagai Abang Viva pernah mencuri tumpuan ramai apabila dia hadir membantu mangsa banjir dengan menaiki keretanya sahaja. Kegigihannya membantu dalam misi banjir itu juga turut membuatkan namanya terkenal dan diingati ramai sehinggalah sekarang ini.

Baru-baru ini pula, namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila dia telah melamar kekasihnya semasa dalam sesi ‘live’ di Tik Tok. Malah video tersebut juga meraih tontonan yang tinggi di mana rata-rata netizen turut memuji keberaniannya ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, Azwan Omar atau Abang Viva ini dilihat sedang melakukan sesi ‘live’ di Tik Tok bersama seorang wanita dipercayai adalah kekasihnya. Lelaki itu kemudiannya melamar wanita tersebut dan siap menunjukkan sebentuk cincin yang dibawanya.

Azwan bertanyakan kepada wanita itu sama ada dia sudi untuk menerima lamaran tersebut sekaligus membuatkan kekasihnya terkedu dan terdiam melihatnya. Memandangkan ianya adalah satu kejutan, wanita itu dilihat tergamam dan menyangka lelaki itu hanya bergurau sahaja.

Kebanyakan netizen yang menonton sesi ‘live’ tersebut turut menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta lelaki itu berjumpa secara bersemuka dengan wanita itu untuk melamarnya.

“Lamar ikut sop ke ni bang viva.”

“Bapak sweet.”

“Suruh abang viva bawak bot pergi melamar.”

“Diorang dah lama rancang kita je yang lalai.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Tiba-Tiba Tunjuk Cincin, Abang Viva Lamar Kekasih Masa Tengah ‘Live’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*