Tak mudah buang ego sebagai lelaki, Fizo Omar anggap kelahiran anak kedua detik hidup baharu

 

BERKONGSI detik menyambut kelahiran cahaya mata pertama bersama isteri, Fazeera Nazri Azri pada Sabtu lalu, pelakon Fizo Omar memberitahu tidak dapat menahan air mata apabila menjadi saksi melihat wanita itu terpaksa menahan saklt selama 10 jam sebelum bersalin.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 37, berkata, dia tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakltan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.

“Nasib baik buat keputusan tepat untuk isteri mengambil bius epidural. Saya pun tak sanggup nak melihat dia menanggung kesakltan contraction sebelum bersalin. Sepuluh jam bukan sekejap dan tiga jam teran sehingga anak keluar.

fizo 3

Fizo bersama isteri dan anak pertamanya.

“Gugur air mata jantan seorang suami tengok orang yang kita sayang menahan kesakltan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat,” katanya menerusi Instagram.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman menimang cahaya mata buat kali kedua, Fizo memberitahu air matanya sekali lagi mengalir apabila pertama kali melihat wajah bayinya itu dan tangannya menggigil saat diminta memotong tali pusat bayinya.

“Pukul 12.39 pagi pada 25 Jun, sekali lagu gugur air mata jantan. Perasaan kali ini terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pula apabila melihat buat pertama kali anak yang ditunggu selama ini.

“Menggigil tangan apabila doktor minat pegang gunting untuk potong tali pusat bayi,” ujarnya.

Meskipun pernah mempunyai pengalaman bergelar bapa hasil perkahwinan terdahulu, namun kata Fizo menyambut kelahiran anak kali ini bagaikan satu detik memulakan kehidupan baharu.

Dalam kegembiraan dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Fizo berkata ini merupakan tanggungjawab dan amanah besar buatnya sebagai bapa untuk membesarkan anak-anak sekaligus menjadi ketua keluarga yang lebih baik.

“Ini adalah detik memulakan kehidupan sebenar. Selepas keluar dari kandungan ibu, wujud satu bisikan ‘ini zuriat kau, kau kena jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh baik kepada keluarga.

 

Gugur air mata jantan seorang suami tengok orang yang kita sayang menahan kesakltan dan bertaurng nyawa demi melahirkan zuriat

FIZO OMAR

PELAKON

“Datangnya seorang bayi bukan sahaja untuk kita raikan kegembiraan tetapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan, mendidik selain menjadi motivasi kepada saya untuk menjadi seorang ketua yang lebih baik,” ujarnya.

Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu di sebuah masjid di Hulu Kelang dan majlis resepsi pula diadakan secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

fizo 2

Fizo dan Fazeera bernikah pada Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Fizo berkata, perkongsiannya itu adalah sebagai nasihat buat semua suami mengambil peluang merasai pengalaman sebegini untuk lebih memahami makna sebenar menjadi seorang bapa.

“Ambillah peluang ini bukan sahaja untuk bersama isteri, tetapi lebih kepada diri sendiri. Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga.

“Dengan pengalaman ini membuatkan kita lebih faham apakah mesej yang hendak disampaikan Allah buat kita semua yang bergelar ayah dan suami,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Tak mudah buang ego sebagai lelaki, Fizo Omar anggap kelahiran anak kedua detik hidup baharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*