“Kami berdua mulalah berpelvkan sambil menangis sebab…” – Luahan Rita Rudaini Buat Peminat Seb4k

 

Pelakon Rita Rudaini mengakui pengalaman berpisah dengan anak menjadi satu momen sukar yang perlu dilakukannya demi masa depan permata hati.

Pada April lalu, anak sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin, 13, memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan.

“Selama ini kami memang tak pernah berenggang langsung, kalau keluar pun saya dengan anak-anak sahaja.

“Sekarang ni, setiap malam saya akan tunggu Rayyan telefon… (rasanya) macam tunggu boyfriend telefon, dengar deringan pertama je terus cepat-cepat angkat.

“Adik dia pun ada kata sunyi dekat rumah… bila kami sembahyang sama-sama, waktu bagi salam tu selalu dua orang anak salam saya, tapi sekarang ini tinggal seorang ni je la.

“Lepas tu, kami berdua mulalah berpelvkan sambil menangis sebab rindu abang Rayyan dia,” kata Rita kepada MH.

Walaupun sedih terpaksa berjauhan dengan anak, namun Rita tidak akan sesekali menghalang sekiranya anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna, 11, turut mendapat peluang belajar di sekolah asrama kelak.

“Saya memang cepat tersentuh hati kalau pasal anak-anak… Saya juga pernah tersasul panggil nama Rayyan kat rumah.

“Bila Arjuna tengok saya menangis bila rindukan abang dia, dia kata dia tak nak la masuk asrama… tapi saya suruh dia pergi juga.

“Saya cakap dengan dia ‘tidak mengapa, mummy boleh duduk seorang’,” katanya.

Untuk rekod, Rita, 46, mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suami, pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Foto: Instagram Rita Rudaini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "“Kami berdua mulalah berpelvkan sambil menangis sebab…” – Luahan Rita Rudaini Buat Peminat Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*