Wanita Kongsi Cerita Bekas Suami Dari Sweden Jadi Blawak Hidup

 

Peribahasa ‘bagai mendukung bi4wak hidup’ bermaksud menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita. Baru-baru ini, isu bi4wak hidup hangat dibincangkan di media sosial apabila perkongsian dari wanita ini tentang bekas suaminya mencuri tumpuan ramai.

Kisah wanita itu tular apabila dia menceritakan tentang suaminya dari Sweden yang sesuai dianggap sebagai bi4wak hidup dalam perkahwinan mereka. Malah kebanyakan netizen turut mengakui bi4wak hidup sememangnya wujud bukan dalam kalangan orang kita sahaja.

Di dalam perkongsian tersebut, wanita itu memberitahu bekas suaminya yang berasal dari Sweden itu kini bernikah dengan seorang gadis Melayu. Gadis itu juga dikatakan sebagai ‘skandal’ semasa lelaki itu masih lagi bergelar suaminya.

Menurutnya, kedua-dua mereka telah menipunya ketika dia bersusah payah bekerja dua kerja dalam satu masa untuk menanggung lelaki itu. Sampaikan pada satu tahap, gadis perampas itu memintanya membayar RM1500 sebulan sebagai salah satu syarat untuk mereka berdua bercerai.

“Bekas suami saya tinggal bersamanya semasa saya bersusah payah menyaranya ke kolej, membelikan insurans dan menyediakan perbelanjaan untuknya.”

Bukan sahaja terpaksa menanggung perbelanjaan suaminya itu, lelaki tersebut juga pernah melakukan keganasan rumahtangga dan menyebabkan wanita itu dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali.

Perkongsian dari wanita ini juga berjaya membuka mata ramai pihak di mana bi4wak hidup sememangnya wujud di mana-mana sahaja. Malah ada yang memberitahu kebiasaannya ‘mat salleh’ dipandang tinggi di negara Asia walhal mereka sebenarnya melarikan diri dari kemiskinan di negara sendiri.

“Memang ramai orang kulit putih turun asia sebab nak keluar dari poverty. Kita pulak banggakan dorang demi mata biru…”

“Macam mana boleh nikah kalau lelaki tu masih berstatus suami orang…”

“Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tapi dalam konteks ni lebih kepada lelaki dalam Malaysia kalau curang…”

“Bi4wak hidup itu individu punya pilihan. Aku yakin semua jenis kaum dan bangsa wujud je bi4wak hidup ni.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Wanita Kongsi Cerita Bekas Suami Dari Sweden Jadi Blawak Hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*