“Tak Pernah Salahkan Sesiapa Walaupun…” – Peminat Puji Dayang Tak Tunding Jari Isu Masalah Teknikal Di AME2021

 

Penyanyi popular Dayang Nurfaizah mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas masalah teknikal yang berlaku ketika persembahannya di Anugerah MeleTOP ERA malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Pihak saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas masalah teknikal yang berlaku sewaktu persembahan tadi. Pihak produksi Astro telah melakukan persediaan sempurna untuk persembahan saya,” katanya.

Tak Lupa Ucap Terima Kasih Kepada Astro

Sebelum kenyataan itu ditulis, Dayang juga tidak lupa mendahulukan dengan ucapan terima kasih kepada pihak produksi anugerah berkenaan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu)

Kata-Kata Semangat

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Dayang meninggalkan kata-kata semangat buatnya.

Ramai yang beranggapan Dayang sangat merendah diri dan tidak menunding jari kepada orang lain atas masalah yang berlaku.

“Dialah Dayang, tiada Dayang lain dalam dunia ini. Tengoklah bagaimana penulisan begitulah identitinya. Tak pernah menyalahkan sesiapa walaupun perkara itu memang jelas di mata,” tulis seorang peminat yang berkongsi pandangan.

“Apapun yang berlaku, awak tetap terbaik,” tulis peminat lain.

“Humble, pretty & amazing vocal, itulah Dayang Nurfaizah,” coret seorang lagi pengguna Instagram.

Via Instagram – Dayang Nurfaizah

Dalam AME2021, Dayang mempersembahkan dua lagu daripada album Belagu berjudul Jikalau Abang Merindu dan Tari Tualang Tiga.

Ketika persembahan berlangsung, rata-rata dapat melihat Dayang berhadapan isu teknikal seperti mikrofon tidak berfungsi dan masalah ear monitor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "“Tak Pernah Salahkan Sesiapa Walaupun…” – Peminat Puji Dayang Tak Tunding Jari Isu Masalah Teknikal Di AME2021"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*