Rosyam Nor Tanya Shuib Pasal Pengganti, Sekali Kena S0und Balik Depan2

 

Ekoran keceloparan mulutnya yang disifatkan tidak sensitif berhubung status duda pelawak Shuib pada siaran langsung Anugerah Meletop Era 2022 (AME2022) malam tadi, pelakon Datuk Rosyam Nor menerima kecaman hebat netizen.

Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin yang bertindak sebagai penyampai anugerah bersama dilihat melakukan provokasi sepertinya memaksa Shuib, 38, untuk menamatkan status duda sekali gus menimbulkan situasi kurang menyenangkan di atas pentas.

“Rosyam Nor tanya Shuib dalam stesen televisyen nasional ‘kau duda terhangat sekarang. Dah lapan bulan ni kan, ada pengganti?’.

“Shuib nampak sangat tak selesa (dengan soalan yang ditanyakan) tetapi berjaya menangani situasi berkenaan secara profesional namun Rosyam terus memaksa untuk jawapan,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan Rosyam, 55, sebagai biadab.

“Tidak berniat untuk tidak menghormati Rosyam Nor tetapi dia biadab atau bagaimana? Kasihan Shuib kena jawab dan terpaksa senyum. Ingat kelakar ke? Tolonglah matang sikit,” coret seorang netizen.

Malam tadi, disebabkan acap kali diasak soalan tentang status duda, diminta ‘move on’ dan mencari pengganti isterinya, Allahyarham Siti Sarah, Shuib secara spontan berkata: “Kau apa hal? Lu ingat lu gangster ke?”

Bagaimanapun, barangkali untuk meredakan suasana tegang, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhammad menerangkan, bahawa dia hanya berseloroh atau berlakon di atas pentas.

VIDEO:

Kehidupan Shuib bersama empat anaknya sering menjadi perhatian umum selepas Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

Shuib Sedang Mengenali Seseorang

Shuib Sepahtu, 37, mengakui sedang mengenali seseorang, namun, hubungan belum tahap serius.

Baginya, soal jodoh diserahkan kepada urusan Allah. Namun, enggan membuang masa, memandangkan usia bukan muda lagi.

Bagaimanapun, Shuib berkata, dia bimbang orang luar meletakkan jangkaan tinggi terhadap wanita yang bakal menjadi calon isterinya, selain membandingkan dengan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Saya takut wujud perbandingan yang sepatutnya tidak berlaku kerana arwah duduk dalam kelas yang tersendiri dan teratas. Orang baharu pula adalah buku baharu yang tidak boleh dibuat sebagai perbandingan.

‘Hidup kosong tanpa arwah Siti Sarah’

Shuib sebak rai Syawal tanpa Siti Sarah

‘Sukar padam memori Ramadan arwah Sarah’

Sayu dengar takbir raya

“Jujurnya, saya sedang mengenali seseorang, namun, setakat kawan-kawan sahaja, hubungan tidak serius. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara.

“Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap ‘straight to the point’ jika kalau jumpa calon sesuai.

“Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai. Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Rosyam Nor Tanya Shuib Pasal Pengganti, Sekali Kena S0und Balik Depan2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*