“Macam J!n Bertoncet..” – Tak Nak Kalah Fesyen, Netizen Samakan Gaya DSV Dgn Majin Buu?

 

SELEPAS ditunda hampir empat bulan kerana penularan wabak Cvd akhirnya majlis Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) bersiaran pada malam Ahad.

AME2021 diadakan secara meriah mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Paling mencuri tumpuan lensa kamera semestinya pakaian dan busana yang digayakan oleh selebriti yang hadir.

mStar sempat menemu bual barisan selebriti popular antaranya Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Meerqeen, Fasha Sandha, Cik B, Nadhir, Yonnyboii dan ramai lagi.

Tampil serba unik di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021, penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri tumpuan netizen.

Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, ramai yang ‘terkedu’ dengan penampilan Vida yang serba merah.

Paling mencuri tumpuan adalah tali atau ‘toncet’ yang diletakkan di belakang tudung Vida.

Susulan itu, ramai yang berseloroh mengusik serta menyamakan Vida dengan beberapa watak.

Paling melucukan, kebanyakan mereka menyamakan Vida dengan watak Dragon Ball, Majin Buu.

“Datuk inspirasi daripada Dragon Ball ke, Majinbu”.

“Macam jin bertoncet”.

“Amboi nak lawan Aina Abdul ke,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod terdahulu, AME 2021 ditunda gara-gara kes Cvid-19 meningkat

ANUGERAH Meletop ERA 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada malam Ahad terpaksa ditangguhkan

Stesen televisyen Astro dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan kes harian Cid19 yang semakin meningkat dan membimbangkan.

“Melihat pada jumlah kes harian CVD9 yang semakin meningkat, Astro sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab, dengan berat hatinya mengumumkan bahawa kami mengambil keputusan untuk menangguhkan penganjuran Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) yang dirancang pada 30hb Januari 2022, ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Astro sentiasa menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan setiap mereka yang terlibat dengan mana-mana produksi terbitan kami.

“Pematuhan Prosedur Operasi Standard dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berwajib sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujarnya.

Selain itu, pihaknya, akan terus mengambil langkah-langkah proaktif bagi melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan Cd-19 secara menyeluruh ke atas semua yang terlibat sebelum bermula mana-mana program terbitan Astro.

“Sebelum acara berlangsung, berdasarkan pemeriksaan pra saringan kesihatan ke atas kesemua yang bakal menyertai produksi AME2021, sejumlah individu telah dikenal pasti perlu dikecualikan, termasuk mereka yang harus menjalani proses kuarantin kendiri dalam tempoh waktu seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walaupun mereka telah dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, kami tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga, dan tidak ingin mengambil sebarang risiko berkenaan dengan keselamatan mana-mana pihak memandangkan statistik harian semakin meningkat,” ujarnya.

Justeru itu, mereka turut memohon maaf kepada semua yang terlibat terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan ini.

AME 2021 sepatutnya bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Lihat Video:

Sumber: Gempak dan Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.bigonewzz.com/

 

Be the first to comment on "“Macam J!n Bertoncet..” – Tak Nak Kalah Fesyen, Netizen Samakan Gaya DSV Dgn Majin Buu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*