Kongsi Tips Elak Selipar Dicurl Ketika Solat Jumaat, Gambar Fadzil Zahari Curl Perhatian Netizen

 

Bagi sesiapa yang mengenali dan mengikuti media sosial Fadzil Zahari, pasti akan terbiasa dengan ‘posting’nya di media sosial yang kadangkala seolah-olah memerli sesuatu tindakan dan mempunyai maksud yang ingin disampaikan.

Memuat Naik Gambar Selipar

via Instagram Fadzil Zahari

Terbaru, Fadzil telah memuat naik satu gambar di Instagram miliknya mengenai situasi ketika dia pergi solat jumaat di salah satu masjid di Sarawak.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Fadzil menunjukkan satu pasang selipar wanita yang bewarna biru dan dihiasi dengan sekuntum bunga bewarna merah jambu.

Berterima Kasih Kepada Isteri

Bukan itu saja, dalam ‘posting’ terbaru itu, Fadzil telah berterima kasih kepada isterinya, Yana Samsudin kerana telah memberinya meminjam selipar isterinya itu.

Malah dia juga seolah-olah bergurau dengan menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu ikhlas melakukan solat, pasti selipar tidak akan hilang di masjid.

Thanks sayang @yanasamsudin pinjamkan selipar… kalau ikhlas solat, betul selipar tak hilang kat masjid

Mendapat Reaksi Pelbagai Dari Netizen

via Instagram Fadzil Zahari

Gambar tersebut telah mendapat perhatian netizen kerana ada yang berpendapat membawa selipar isteri ketika menunaikan solat Jumaat merupakan salah satu tips untuk elak selipar dicurl di masjid.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dan ada juga netizen yang berpendapat, sekiranya selipar tersebut hilang, pasti golongan ‘shemale’ yang mengambilnya,

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Kongsi Tips Elak Selipar Dicurl Ketika Solat Jumaat, Gambar Fadzil Zahari Curl Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*