Tidak bertudvng ketika menyanyi di pub… Ashira akhirnya buka cerita sebenar, ramai rupanya belum tahu

 

BEKERJA sebagai penyanyi di restoran pub setiap hujung minggu, penampilan Ashira Aziz dilihat tidak lagi mengenakan tudung menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

Menjawab kekeliruan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, meminta orang ramai tidak menjadikan hal tudung sebagai isu kerana sebelum ini dia tidak pernah mengumumkan sudah berhijab penuh.

“Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung.

“Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi.

Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna

ASHIRA

PENYANYI

“Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini menolak dakwaan penampilan tidak bertudung itu adalah demi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi di restoran berkenaan.

ashira 2

Ashira mohon doa agar menjadi lebih baik.

Dalam hal ini, Ashira berkata soal berhijab adalah pilihan masing-masing dan terpulang kepada orang ramai untuk menilai penampilan tersebut.

“Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana.

“Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna.

“Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Tidak bertudvng ketika menyanyi di pub… Ashira akhirnya buka cerita sebenar, ramai rupanya belum tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*