Netizen Kesal Influencer Tik Tok Digelar Ikon Permotoran Anak Muda

 

Perkongsian dari Timbalan Menteri Perpaduan Negara YB Senator Wan Ahmad Fahysal baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan hangat di media sosial. Semuanya kerana tindakannya menggelarkan seorang influencer Tik Tok sebagai ikon permotoran belia.

Beliau baru-baru ini menerima kunjungan dari Haqiem Stopa yang merupakan seorang influencer Tik Tok. Untuk makluman, Haqiem Stopa adalah influencer yang banyak berkongsikan tentang permotoran di akaun Tik Toknya itu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal)

Menerusi hantaran itu, YB berkongsikan beberapa gambar semasa pertemuan diantaranya dan Haqiem Stopa baru-baru ini. Beliau menyatakan rasa kagumnya melihat semangat dan keikhlasan Haqiem yang ingin menggunakan popularitinya sebagai platform menyatupadukan belia.

“Haqiem yang terkenal menerusi platform TikTok sering berkongsi video-video yang membakar semangat untuk kita untuk terus berjuang…”

@haqiemstopa Reply to @aimannnhkm Trima kasih kepada team Tuan2 yang terlibat .@santaianakutaraofficial @aripzainon.jp #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound – Haqiem_stopa

 

Dalam masa yang sama, YB turut menggelarkan influencer itu sebagai ikon permotoran belia di dalam hantaran tersebut. Ianya sekaligus membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila jolokan itu diberikan kepada influencer itu. Malah ada yang mempertikaikan kriteria yang menjadikan influencer itu layak menerima gelaran tersebut.

“Pernah main Cub Prix dengan Moto GP tak?”

Walaupun influencer itu mempunyai kira-kira 700,000 pengikut di akaunnya, netizen menganggap tidak wajar untuk memberikan gelaran seperti itu yang lebih baik diberikan kepada mereka yang layak. Netizen turut memetik nama Hafizh Syahrin yang sememangnya layak untuk diberikan gelaran ikon permotoran belia setelah mengharumkan nama negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Netizen Kesal Influencer Tik Tok Digelar Ikon Permotoran Anak Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*