Kereta Myvi versi Lego hangat jadi tumpuan, “Lego lagi mahal dari kereta”

 

Perodua Myvi merupakan antara kereta yang popular di Malaysia malah diberi gelaran sebagai King of the Road apabila ia sering muncul di media sosial dengan pelbagai topik perbualan ramai.

Walau bagaimanapun, perkongsian oleh seorang individu ini mencetuskan ramai sekali lagi merasa terkejut dengan kereta Perodua Myvi ini.

Jika sekali pandang atau tidak membaca kapsyen oleh pemilik akaun ini, pasti anda tidak akan perasan sesuatu yang sebenarnya ingin dikongsikan kepada umum ini apabila sebuah kereta Myvi berwarna kuning ini dalam pada masa yang sama menarik perhatian ribuan warganet dalam masa beberapa jam sahaja dikongsikan.

Melalui rakaman video pada awalnya hanya dapat dilihat sebuah kereta Myvi berwarna kuning ini dikelilingi oleh sekumpulan individu yang ingin membawa kenderaan tersebut ke satu tempat.

Namun begitu, selepas dilihat kereta Myvi tersebut dari jarak dekat rupanya ia diperbuat daripada Lego yang mencetuskan warganet turut terkedu di akhir video. Mana tidaknya, gempak habis hasil tangan anak Malaysia ini, ujar pemilik akaun.

Video

Dalam pada itu, kereta Myvi namun versi Lego ini mencetuskan ruangan komen juga dihujani dengan pelbagai reaksi tertarik ramai dengan perkongsian individu tersebut.

“Hebat kan hasil tangan anak Malaysia”

“Lego harga myvi juga tu”

“Rupanya lego, cantik”

“Lego lagi mahal dari kereta, takpela saya beli lego kat kedai eco je”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Kereta Myvi versi Lego hangat jadi tumpuan, “Lego lagi mahal dari kereta”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*