“Give me some space” – Wanita Dikec4m Lepas Dedah Dapat 2K+ Respon Jodoh Di Google Form

 

Korang yang selalu habiskan masa kat Twitter mesti akan familiar dengan tweets dari orang ramai yang akan mencuba nasib untuk mencari jodoh menggunakan platform @TwtJodohMY ni kan?

Mana taknya, sampaikan kawan Khairul Aming sendiri pun menggunakan akaun Twitter itu untuk ‘bantu’ carikan jodoh kepada pengusaha Sambal Nyet itu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita memuat naik gambar kawannya yang juga merupakan seorang Instafamous sedang mencari pasangan beserta link Google Form untuk diisi.

Lebih mengejutkan apabila wanita yang dikenali sebagai Syafiqah ini memuat naik InstaStory di akaun Instagram miliknya menyatakan bahawa kurang dari 24 jam, respon di Google Form yang dikongsikan telah pun mencecah lebih dari 1800!

Perkongsiannya itu telah menimbulkan perdebatan di kalangan netizen kerana jumlah yang didedahkan itu kerana statusnya merupakan Instafamous dengan jumlah followers melebihi 68K menyebabkan ramai yang akan isi Google Form.

“Baruku tahu dia ada 68K followers, kenapa dia perlu kawan iklankan eh? I’m pretty sure dlm 68K tu ramai je berdm-dm cuba ngorat atau nak berkenalan lebih? Ni style baru nak tambah followers ke?” – Luah netizen ni Twitter

“Ramai Kenalan WhatsApp, DM beratus…”

Selepas dua hari Google Form itu dikongsikan, wanita tersebut terpaksa menutup akses link tersebut kerana menerima lebih dari 2000 respon dan disebabkan dirinya menerima pelbagai kec4man sehingga menerima panggilan telefon.

Berikutan isu yang tular itu, ini respon dari wanita itu menerusi perkongsian yang dibuat di InstaStory miliknya…

Difahamkan wanita itu tidak mahu isu ini ditularkan lagi di mana-mana platform malah terpaksa menolak jemputan yang diterima dari pihak media dan memohon maaf sekiranya tindakannya itu telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang lain.

Memang lain macam betul eh impak cuba nasib untuk cari jodoh ni… Korang ada yang dah try ke?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://lobakmerah.com/

 

Be the first to comment on "“Give me some space” – Wanita Dikec4m Lepas Dedah Dapat 2K+ Respon Jodoh Di Google Form"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*