“Kalau kembar, lebih suka bukan kembar seiras,” – Fazura

 

Pelakon Fazura akui merancang untuk menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini.

Fazura memberitahu dia bersedia untuk menimang cahaya mata lagi selepas menyedari anaknya Fatima sudah sedikit besar dan sangat menyukai bayi.

“Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun.

“Dia juga selalu menonton video yang berkaitan dengan ba.yi. Jadi, saya tahu dia sangat sukakan ba.yi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Fazura (@missfazura)

“Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,”katanya kepada Astro Gempak.

Fazura ditemui bersama suaminya Fattah Amin di rumah terbuka Universal Music pada Jumaat.

Pelakon Pisau Cukur itu diminta mengulas mengenai isu anak selepas hantarannya di Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan untuk menambah ahli keluarga baharu.

Tambah Fazura lagi, dia juga merancang untuk mempunyai tiga orang cahaya mata di masa akan datang.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, sebenarnya saya nak anak lelaki. Yelah mesti lah nak sepasang.

“Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak.

“Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,”kongsinya lagi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Fazura (@missfazura)

Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

 

Be the first to comment on "“Kalau kembar, lebih suka bukan kembar seiras,” – Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*