Di Sebalik Babak Sedlh Pemergian Pak Samad, Rupanya Ini Yang Berlaku!

 

Berakhir sudah drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang telah menjadi satu fenomena luarbiasa sekali. Paparan drama ini yang cukup dekat dengan masyarakat dengan kisah kehidupan keluarga Pak Samad membuatkan ramai tak sabar menyaksikan pengakhirannya.

Hasad dengki dan dendam mampu memusnakan kehidupan seseorang itu. Dalam episod akhir drama ini dipaparkan pemergian Pak Samad diratapi seluruh ahli keluarganya. Dalam babak tersebut kelihatan Kazar yang berlakon sebagai Pak Samad terbaring di atas katil.


Keluarga Pak Samad

Ahli keluarganya yang lain meratapi pemergiannya itu dengan suasana cukup hiba sekali. Namun jika diperhatikan, ada beberapa aksi yang tidak sepatutnya berlaku pada waktu itu. Antaranya telinga Helmi ditarik oleh anaknya, Cik Ina yang mendukung dua kanak-kanak cuba kawal situasi dan banyak lagi.

Berikut adalah perkongsian semula yang memaparkan di sebalik babak sedih pemergian Pak Samad yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun raeexf:

@raeexf Pening šŸ˜­šŸ˜‚ #7harimencintaiku #7harimencintaiku3 #fyp ā™¬ original sound – XVX

Macam-macam hal yang berlaku rupanya ya! Apa-apa pun perkongsian rakaman di sebalik babak sedih pemergian Pak Samad ini telah mencuri perhatian warganet. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

ā€œKesian Cik Ina..Dah la kena pikul 2 terus hahahaā€

ā€œAku ingat aku je yang terhibur part ni sampai tergelakā€

ā€œYang Helmi macam relaks betulā€

ā€œHelmi: Lepas habis scene ni..Siap kau budakā€

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Ā 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :Ā Ā https://www.himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Di Sebalik Babak Sedlh Pemergian Pak Samad, Rupanya Ini Yang Berlaku!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*