Lepas Kecoh Duit Raya Anak Neelofa Rm14020, Netizen Gali Harga ‘Buaian Kayangan’ Anggar Cecah Rm18000?

Betapa hebatnya aura seorang Neelofa. Apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon dan pengacara ini pasti akan menarik perhatian ramai.

Terbaru, nama Neelofa kembali menjadi tumpuan selepas tular video tempat tidur Bilal yang dipanggil ‘Snoo Smart Sleeper Baby Bassinet.’

Menerusi Instagram Stories Neelofa baru-baru ini, dia ada menyatakan Bilal mula selesa untuk tidur dalam ‘bedside crib’ ketika umurnya tiga bulan.

Umur tiga bulan baru Bilal nak duduk dalam ni, nasib baik dia nak. Kalau tak, pening juga sebab harga dia masya-Allah.

Susulan ‘hint’ yang diberikan, netizen gigih mencari harga tempat tidur Bilal yang dibeli pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor.

Berdasarkan hasil carian warganet, ‘baby cot’ jenama Snoo yang berwarna putih ini dianggarkan bernilai RM18,000.

Video:

@seorangnur MasyaAllah, membesar dengan sihat ya Bilal 🥰 #neelofa #harisismail #bilal #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #baby ♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj Kasur

Di ruangan komen, rata-ratanya menyifatkan Bilal sangat bertuah apabila dikurniakan seorang ibu yang telah bekerja keras untuk menyediakan kemewahan.

RM18,000 weh katil. Shoppe pun RM16,000..Haha takpa ummi memang kerja untuk anak dia nanti. Bahagian Bilal dapat merasa.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://ohbulan.com/

 

Be the first to comment on "Lepas Kecoh Duit Raya Anak Neelofa Rm14020, Netizen Gali Harga ‘Buaian Kayangan’ Anggar Cecah Rm18000?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*