“Dari Dulu Teringin Bawa Anak Yatim Tunai Umrah” – Hafiz Mahamad Syukur Dapat Tunaikan Nazar

Pengasas produk kosmetik popular dan pempengaruh, Hafiz Mahamad bersyukur kerana berjaya menunaikan nazarnya.

Menurut Hafiz, dia telah bernazar untuk membawa anak yatim menunaikan umrah sejak dahulu lagi dan gembira selepas berjaya melunaskan perkara itu.

“Dari dulu saya teringin sangat nak bawa anak yatim ke umrah. Harini Allah izinkan rezeki untuk bawa mereka.

“Tak tahu saya nak cerita perasaan ini macam mana. Saya perhatikan sahaja muka pekerja dan dua anak yatim bila sampai bumi Allah ini. Mereka tengok keliling ‘indahnya bumi Allah’.

“Waktu solat dan time sujud. Saya dengar tangisan waktu sujud mereka, saya hilang fokus doa saya tapi dalam masa yang sama syukur sangat titisan air mata mereka jatuh di lantai Masjidil Haram ni.

“Abang tahu kamu rindu mereka. Sampaikan lah doa untuk arwah ibu dan ayah. Doa mu Allah angkat terus.

“Tumpangkan nama abang, keluarga dan perniagaan dalam doa mu di setiap ibadah kamu buat di sini.

“Selesai nazar saya nak bawa anak yatim ke sini. Allah jemput kamu di sini, abang yang sebenarnya tumpang rezeki kamu. Harap awak bahagia,” tulisnya.

Coretan terbaharu di Instagramnya itu turut disertakan dengan video merakamkan gelagat kedua anak yatim itu yang pertama kali menunaikan umrah.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya tersentuh dengan keikhlasan Hafiz dan mendoakan mereka mendapat ibadah yang mabrur.

Sekadar info, Hafiz dan isterinya, Syafiqah Aina terkenal dengan sifat pemurah dan sering membantu mereka yang memerlukan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Dari Dulu Teringin Bawa Anak Yatim Tunai Umrah” – Hafiz Mahamad Syukur Dapat Tunaikan Nazar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*